Tragedi banjir yang melanda baru-baru ini membuatkan ramai yang mengalami kerugian besar, tidak kiralah sama ada dari segi pakaian, kereta mahupun kediaman. Keadaan ini turut dirasai oleh seorang pemuda di mana dia berkongsi kisah ibu bapanya yang turut menjadi mangsa bencana alam yang tak diduga itu.
Menerusi cerita pemuda tersebut, ibu bapanya telah mengalami kerugian yang besar di mana hampir keseluruhan barangan di dalam rumah ibu bapanya telah rosak. Ikuti luahan pemuda tersebut:
Aku tahu ramai yang turut terkesan dengan banjir besar yang berlaku baru-baru ni. Perasaan aku bertambah sedih bila dapat tahu mak ayah aku pun turut sama menjadi mangsa banjir. Dah la duduk jauh, anak mana la yang tak risau keselamatan mak ayah diorang. Betul tak?
Mujur mereka selamat, cuma banyak la barang diorang yang dah rosak. Aku pun bila dapat tahu yang banjir makin surut, terus aku ambil cuti dan pergi kat diorang. Nak tolong bersihkan apa yang patut. Aku tengok banyak juga la barang yang rosak dan tak boleh pakai lagi termasuk tilam diorang yang aku rasa dah lebih 20 tahun pakai tu.
Aku memang dah agak yang tilam kenangan diorang tu akan rosak gak sebab banjir. Nasib aku dah belikan siap-siap tilam yang aku rasa cukup selesa untuk diorang. Nak buat surprise la katakan. Syukur sangat tilam yang aku beli pun dah sampai dengan cepat. Happy je tengok muka diorang bila dapat tilam baru. Kata mak ayah aku, diorang bersyukur sangat dapat tilam baru ni, cantik dan selesa pulak tu. Alhamdulillah, sedikit sebanyak, aku dapat ringankan beban diorang.
Vono Perkenal SpinePro Plus Dengan Corak ‘Seigaiha’
Tilam yang akan buat sesiapa je jatuh hati dengan keselesaannya, tak lain tak bukan, tilam Vono SpinePro Plus 1200 dan SpinePro Plus 800. Koleksi SpinePro Plus merupakan koleksi yang laris dijual dalam senarai Vono. Menariknya, koleksi tilam kali ini didatangkan dengan corak unik dari Jepun iaitu ‘Seigaiha’.
Untuk maklumat korang, perkataan ‘Seigaiha’ (青海波) bermaksud ‘gelombang lautan biru’ dan merupakan reka bentuk geometri yang mewakili air. Uniknya, corak Seigaiha adalah salah satu unsur budaya Jepun yang paling menonjol. Corak tersebut diwakili satu kumpulan bulatan pusat (group of concentric circles) dan dilukis dalam bentuk gelombang yang bergerak ke luar (outwards).
Kalau nak tahu, corak Seigaiha dalam budaya Jepun melambangkan kuasa (power) dan ketahanan (resistance).
Ada empat ciri menarik yang SpinePro Plus ada termasuklah penambahan ciri Anti-Static. Rujuk ciri-ciri tersebut dekat bawah ni:
- Anti-Static Knitted Ticking – Bantu discharge tubuh badan statik untuk memberikan ketenangan dalam tidur korang.
- Intalok Springing System – Sokongan kukuh dengan pengasingan pergerakan badan dan ketahanan.
- Silverguard – Mengekalkan kebersihan tilam supaya sentiasa bersih dan segar sepanjang masa.
- Sokongan Ultra Lumbar – Penambahan pada high tensile steel border frame yang dipertingkatkan untuk sokongan belakang (back support).
Apa yang best, Vono kali ini turut menawarkan Year End Promotion dengan diskaun sehingga 50% untuk kedua-dua koleksi SpinePro Plus mengikut saiz tilam! Selain waranti tilam sehingga 15 tahun, ada terma dan syarat waranti yang lebih hebat menanti korang iaitu tiada penilaian pro (pro-rated) dan tiada caj dikenakan dalam pengangkutan tilam korang.
SpinePro Plus 1200
SpinePro Plus 800