Siakap Keli
Gambar via Google

Dapat Nama ‘Google’ Hanya Kerana Typo, Kisah ‘Sejarah’ Awal ‘Google’ Yang Kita Guna Setiap Hari

Bila sebut saja nama ‘Google‘ boleh dikatakan setiap daripada kita familiar dan boleh dikatakan ‘kenal’ sangat dengan enjin carian ini.

Malah jika kita nak mencari apa-apa maklumat di internet, mesti kita sebut ‘Google‘ sebagai pengganti kata ‘cari’. Begitulah besarnya pengaruh Google dalam kehidupan seharian hampir semua masyarakat dunia.

Selama bertahun-tahun menggunakan enjin carian Google ni, pernah tak korang tertanya-tanya, macam mana Google ni ‘tercipta’?

Kisah Google berawal mula pada tahun 1995, hasil cetusan idea dua orang pelajar di Universiti Standford. Dua pelajar ini adalah Larry Page dan Sergey Brin. Mereka berkenalan apabila Brin yang terlebih dahulu belajar di Universiti Standford ditugaskan untuk menunjukkan kawasan sekitar kepada Page.

Pada awal perkenalan mereka, Page dan Brin boleh dikatakan sering bercanggah pendapat. Namun siapa sangka kedua anak muda ini kemudiannya menjalin kerjasama mencipta salah satu inovasi paling berpengaruh kepada manusia.

Gambar: Google

Page dan Brin mula mengerjakan projek teknologi carian ini di bilik asrama mereka dan menamakan penemuan tersebut sebagai ‘BackRub‘. Menurut Britannica, enjin carian ini pada awalnya dinamakan BackRub sempena misi Page dan Brin untuk membolehkan pengguna mengesan ranking pautan mereka berdasarkan ‘backing links‘.

Tak lama selepas itu, enjin carian berasaskan pautan halaman individu ini dinamakan semula dengan nama ‘Google‘, seperti yang kita tahu hari ini.

Asal nama ‘Google

Nama ‘Google‘ tercetus dari buah fikiran salah seorang rakan Page di Standford, Sean Anderson. Anderson memberi idea agar mereka menggunakan nama googolplex, istilah matematik yang mewakili nombor satu, diikuti 100 angka kosong. Page kemudian menyingkatkan nama tersebut kepada ‘Googol‘.

Ketika mereka ingin memeriksa sama ada domain dengan nama ‘googol.com’ masih tersedia dan belum digunakan sesiapa, Anderson secara tak sengaja menaip ‘google.com‘. Hanya kerana typo tersebut, tanpa disangka Page lebih menyukai nama ‘Google‘ berbanding ‘Googol‘ seperti cadangan asalnya.

Gambar: Google

Berpindah ke garaj

Beberapa tahun setelah itu, Google semakin mendapat sorotan ramai, bukan sahaja dalam komuniti akademik, malah Google turut menarik perhatian para pelabur di Silicon Valley.

Pada bulan Ogos 1998, Page dan Brin menerima cek bernilai $100,000 dari pelabur dan pengasas bersama Sun, Andy Bechtolsheim. Maka dengan itu, lahirlah Google Inc.

Dengan dana sebanyak itu, operasi Google berpindah dari bilik asrama ke pejabat pertama mereka di sebuah garaj di Menlo Park, California. Garaj ini merupakan milik Susan Wojcicki, pekerja ke-16 Google yang kini adalah CEO platform langganan video YouTube.

Sejak dari dulu, Google menerapkan konsep warna-warni yang masih digunapakai sehingga sekarang. Malah rangka pelayan dalaman (initial server) pertama mereka turut diperbuat daripada susunan Lego yang berwarna-warni.

Gambar: InShorts

Demikian awal mula sebuah nama besar, Google, sebuah enjin carian paling popular yang setiap hari berada di hujung jari kita. Bermula dari sebuah bilik asrama ke garaj dan kini dikenal masyarakat seluruh dunia.

Sumber: Google, Britannica, Business Insider

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.