Mayat seorang lelaki Hawaii berusia 75 tahun ditemui selepas dia dilaporkan terjatuh 100 kaki ke dalam kawah gunung berapi paling aktif di Hawaii, kata pihak berkuasa.
Penduduk Hilo yang tidak dikenali itu telah hilang di Hawaii Volcanoes National Park yang popular itu lewat malam Ahad dan keluarganya melaporkan bahawa lelaki tersebut telah hilang pada Isnin, kata National Park Service (NPS).
Pasukan renjer dan bomba Hawaii telah mencarinya pada waktu malam sebelum menemui mayatnya berada 100 kaki di bawah tepi kawah kawasan tinjauan gunung berapi Kulauea, yang paling aktif daripada lima gunung berapi yang membentuk Pulau Hawaii.
Pelancong serta penduduk tempatan lazimnya melawat kawasan itu pada waktu malam bagi melihat tasik lava yang bercahaya daripada letusan gunung berapi.
“Selepas mencari lelaki itu di dalam kegelapan, Renjer Taman Negara serta anggota bomba daerah Hawaii berjaya menemui mayat lelaki itu kira-kira 100 kaki di bawah kawah rim, bahagian barat daripada kawasan tinjauan Uēkahuna di puncak gunung berapi Kīlauea. Renjer taman, dengan dibantu oleh helikopter, telah menemui mayat sekitar jam 8 pagi,” kata National Park Service.
NPS kini sedang melakukan siasatan susulan insiden tersebut. Pihak berkuasa menyatakan bahawa mayat itu akan dapat dikenal pasti selepas keluarganya dimaklumkan.
Kawasan tersebut masih dibuka kepada pengunjung, namun pihak berkuasa menasihatkan para pendaki untuk kekal ikut di laluan yang telah bertanda.
“Pelawat tidak boleh melepasi hadangan keselamatan, terutamanya di sekitar tepi tebing yang berbahaya dan tidak stabil,” kata Ketua Renjer John Broward pada 2017.
“Melintasi halangan keselamatan dan memasuki kawasan tertutup boleh mengakibatkan kecederaan serius dan kematian.”
Sumber: Daily Mail