Bila sebut je drama Melayu, ramai akan kata jalan ceritanya cliche. Berebut harta, berebut cinta, projek juta-juta. Kalau buat filem berkenaan watak doktor pun, jarang tunjuk situasi sebenar kecemasan, doktornya asyik dating saja. Berbeza dengan drama Korea.
Sambil menonton, kita boleh tahu sekali terma-terma sains dan perubatan yang disebut pelakon. Scene pembedahan pun boleh buat kita turut berdebar seakan duduk bersama dalam bilik pembedahan. Segala organ dan urat ditunjukkan jelas di kamera.
Jadi tak peliklah, ramai yang beralih kepada drama Korea. Tapi tunggu dulu, tiga drama Melayu yang akan kami kongsikan ini tak sama macam tipikal drama tempatan yang lain. Nak tahu drama apa? Jom baca.
1. GANJIL
Amri (Fattah Amin) dan Nabila (Diana Danielle) tak pernah kenal di dunia realiti. Mereka hanya bertemu di alam mimpi, namun kedua-duanya mengetahui kisah hidup dan trauma masing-masing hingga saling berkongsi nasihat.
Hari demi hari, hubungan mereka semakin rapat di dunia mimpi, membuatkan kedua-duanya cuba untuk bertemu di dunia sebenar. Pun begitu, biarpun mereka hadir ke tempat dijanjikan pada masa yang sama, kedua-duanya tetap tidak dapat bertemu. Adakah mereka sebenarnya berada di dunia selari atau parallel universe?
Drama arahan Datuk Yusry Abdul Halim ni membuatkan ramai penonton tertanya-tanya dan tak sabar nak tengok episod seterusnya. Berbeza dengan tipikal cerita cinta, drama GANJIL ni memasukkan elemen fantasi yang membuatkan penonton berteka teki apakah yang akan terjadi berikutnya.
2. Black 2
Black 2 adalah adaptasi drama Korea dengan tajuk yang sama yang dibintangi Kamal Adli (Black) dan Siti Saleha (Sofea).
Black merupakan watak bunian yang masuk ke dunia manusia untuk mencari pesalah bunian yang melarikan diri. Di dunia manusia, dia telah meminjam jasad seorang polis yang mati dibunuh, Malik. Kini hidup sebagai seorang polis, Black telah bertemu dengan seorang wanita yang dapat melihat bayang kematian (Sofea) dan sekaligus bekerjasama menyelamatkan orang ramai. Pun begitu, mereka kemudiannya terjerumus dalam misteri kes pembunuhan sejak 20 tahun lalu.
Dalam banyak-banyak drama adaptasi Korea yang Malaysia buat, Black series is the best! Satu-satunya adaptasi drama yang aku tak rasa cringe. Sinematografi cantik, pelakon-pelakon semua hebat & berjaya bawa watak masing2 dengan baik. Gandingan Siti Saleha & Kamal pun memang menjadi sangat. -Penonton
3. Keluarga Baha Don 3
Kalau korang nak tahu, drama komedi Keluarga Baha Don musim kedua telah memenangi Best Comedy Programme dalam Asian Television Awards ke-26 baru baru ini.
Pelakonnya, Susan Lankester telah mendapat anugerah Pelakon Komedi Terbaik Asia di Asian Academy Creative Awards 2021 (AACA 2021) menerusi persembahan komedi cemerlangnya di dalam siri Keluarga Baha Don musim ke-2!
Malah, sejak musim pertama pada tahun 2019 lagi, drama ini telahpun mendapat anugerah dalam Asian Academy Creative Award 2019. Dan pelakonnya, Jihan Muse pula memenangi Best Comedy Performance tahun yang sama. Disebabkan sambutan yang menggalakkan, Keluarga Baha Don (KBD) 3 telah dihasilkan.
Drama ini mengisahkan tentang keluarga mafia Malaysia yang diketuai oleh anak lelaki, Jo Don (Remy Ishak) yang mempunyai minat mengembangkan bakatnya sebagai chef di Eropah. Namun setelah kematian si ayah, dia terpaksa mengambil alih perniagaan makanan arwah yang mempunyai rahsia gelap sendiri.
Dalam musim ketiga, Keluarga Baha Don menghadapi cabaran apabila ada musuh (Fikry Ibrahim) yang cuba menjatuhkan mereka. Dapatkah Jo Don mempertahankan keluarga itu setelah dalam masa yang sama menerima pelbagai tekanan apabila orang yang dicintainya hilang dan Migellin Stars ditarik balik?
Kalau korang nak tonton drama-drama ni, bolehlah tengok di Viu, lubuk cerita-cerita Asia yang best dan tak mengecewakan. Dengar kata, ada beberapa drama baru tempatan yang akan ditayangkan di sana iaitu Seribu Nina, AI.5YA dan adaptasi drama Korea, She Was Pretty serta banyak lagi. Drama-drama ni tak ada di platform lain tau.
Dengan bintang berbakat tempatan seperti Diana Danielle, Kamal Adli, Syafiq Kyle, Zizan Razak, Aiman Hakim Ridza dan ramai lagi, korang boleh menjangkakan karya yang menarik serta berkualiti, setanding drama antarabangsa.
Tonton filem/drama best dan menangi baucer AirAsia
Serius la? Tonton cerita best pun boleh dapat hadiah?
Betul. Dengan memuat turun aplikasi Viu, korang boleh menangi RM30 baucer AirAsia Hotel (sah sehingga 28 Feb 2022).
Caranya mudah sahaja. Anda hanya perlu;
- Muat turun aplikasi Viu
- Screenshot gambar aplikasi
- Isi borang di Google Form
- Menang baucer AirAsia
Mudah kan? Hanya klik di hujung jari pun boleh dapat duit. Dengan baucer diberikan, anda bolehlah bawa keluarga bercuti di hotel terpilih sempena cuti tahun baru ini. Jadi apa tunggu lagi? Jom, muat turun aplikasi Viu sekarang dan tonton lebih banyak siri Viu Originals yang akan datang 2022 nanti.