Siakap Keli

Mungkin Ramai Tertanya-tanya, Kenapa Poket Seluar Wanita Lebih Kecil Dari Lelaki? Rupanya Ini Jawapan Tak Disangka-sangka

Pernah tak anda tertanya-tanya kenapa poket seluar wanita lebih kecil berbanding poket seluar lelaki?

Seorang pereka fesyen selama 10 tahun, Emily Keller akhirnya mendedahkan sebab sebenar kenapa seluar wanita mempunyai poket yang lebih kecil atau memiliki poket palsu.

Kredit: The Sun

Hal ini kerana, ia dapat mengurangkan kos dan dapat mengurangkan saiz dan fabrik yang digunakan untuk mereka bentuk seluar wanita.

Emily berkongsi jawapannya di satu laman media sosial Quora, “Ada tiga sebab mengapa poket pada pakaian wanita direka sebagai poket palsu, atau tiada poket langsung.”

“Yang pertama, ianya lebih murah. Poket sebenar memerlukan duit,” kata Emily di dalam postingan tersebut.

“Memandangkan fesyen lebih menjadi keutamaan, jadi rekaan dengan fungsi yang berkualiti (poket sebenar) bukan satu keperluan.

“Tambahan lagi, syarikat akan mendapat keuntungan tambahan (jimat kos) sekiranya poket itu dibuang terus,” kata Emily.

Selain itu, masyarakat masa kini lebih memfokuskan pada pakaian yang berharga murah tetapi cantik dan kelihatan trendy. 

Jika dibandingkan dengan barangan yang berharga tinggi, rekaan yang direka menjurus kepada kualiti fungsi yang terdapat pada pakaian, dan boleh digunakan untuk masa yang panjang. Namun ianya tidak akan menjadi trendy.

“Yang kedua, poket akan menyebabkan bentuk badan tidak kelihatan.”

“Hal ini kerana, para wanita sering menggunakan seluar jeans yang mengikut bentuk kaki dan poket itu akan mengganggu tujuan perekaan seluar tersebut kerana poket akan kelihatan dan merosakkan imej,” kata Emily dalam perkongsiannya.

Kredit: Google

Tambahan lagi, jika poket tersebut diisi dengan barangan seperti telefon bimbit, figura anda akan kelihatan berbonggol di bahagian poket. Dan ini menyebabkan imej yang anda inginkan tidak tercapai.

“Yang terakhir, poket tersebut akan menggelebeh.”

Seluar jeans wanita kebiasannya dibuat dengan beberapa peratus bahan Lycra di dalam fabrik. Jika poket dibuat dan digunakan, fabrik akan membesar dan anda akan memiliki poket kosong yang berkedut.

Namun begitu, menurut Emily, yang paling memainkan peranan ialah bajet. “Kami melakukan kerja kami dengan sehabis baik, dan mereka pelbagai fungsi yang berguna. Tetapi apa yang paling penting ialah bajet. Jadi kami hanya mampu berikan mengikut kemampuan bajet yang diberikan,” tambah Emily lagi.

Sumber: The Sun

Zahirah