Polis Diraja Malaysia telah menahan seorang lelaki yang bertindak melakukan provokasi ke atas seorang Anggota Penguatkuasa Majlis Perbandaran Kuala Selangor yang sedang bertugas seperti yang tertular di dalam video di media sosial semalam.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Shafa’aton Bt Abu Bakar menyatakan bahawa, lelaki yang berusia 30 tahun itu telah di tahan di perkarangan pam minyak Shell semalam.
Semalam, tular satu rakaman video di media sosial dimana terdapat kejadian seorang Anggota Penguatkuasa Majlis Perbandaran Kuala Selangor yang sedang menjalankan tugas menyaman kenderaan yang menyalahi undang-undang di dalam kawasan tugasan telah diprovokasi oleh seorang lelaki.
Susulan daripada kejadian itu, pihak polis telah menerima satu laporan yang dibuat oleh seorang Anggota Penguatkuasa Majlis Perbandaran Kuala Selangor. Bertindak di atas laporan yang diterima, pihak polis telah berjaya menahan lelaki tersebut.
Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
Sumber: Polis Daerah Sungai Buloh