Siakap Keli
Gambar: Tribun News

Tiga Lelaki Berisiko Buta Selepas Terkena Semburan Bisa Ular Tedung Selar

Tiga penduduk Jember, Jawa Timur, Indonesia dilaporkan mengalami kecederaan selepas terkena semburan bisa dari ular tedung selar.

Pihak Bomba Jember telah digegaskan bagi menangkap dan memindahkan ular tersebut pada Selasa (4/1/2022).

Ular tersebut telah berjaya ditangkap di sangkar ternakan burung nuri di Desa Jember Lor, Daerah Patrang, Indonesia.

“Disebabkan mereka cuba untuk menangkap dan memindahkan ular itu sendiri sebelum kami datang, ketiga-tiga mereka telah disembur oleh bisa dari ular berkenaan,” kata Dwi Atmoko, Komander Pasukan B Pasukan Bomba.

Difahamkan bahawa orang pertama yang terkena bisa itu adalah Lamidi, pemilik sangkat terbabit.

Selepas disembur dengan bisa, abangnya yang bernama Muslih telah cuba untuk menolong menangkap ular tersebut. Namun dia juga turut terkena semburan bisa berkenaan.

“Akhir-akhir ini, jiran Encik Lamidi, Mas Rio, juga cuba untuk menangkap ular itu, namun turut terkena semburan bisa tersebut,” sambung Moko.

Sejurus selepas kejadian itu, seorang penduduk tempatan akhirnya menghubungi pihak Bomba Jember.

Pihak bomba seterusnya dilaporkan berjaya mengeluarkan ular tedung yang ganas itu pada pukul 7.40 waktu tempatan.

Moko berkata, setibanya di lokasi, tiga penduduk yang terkena semburan bisa ular tedung itu telah dibawa ke Hospital Dr Soebandi Patrang.

“Penduduk menyatakan mata mereka telah menjadi merah. Jadi mereka memang perlu mendapatkan rawatan dengan segera. Kerana bisa ular itu sangan merbahaya. Ia boleh menyebabkan mata menjadi buta jika tidak mendapatkan rawatan dengan kadar segera,” katanya.

Ular tedung yang telah memakan burung nuri di dalam sangkar Lamidi itu telah berjaya ditangkap dan kini berada di Balai Bomba Jember, Jl Danau Toba.

Ular tersebut difahamkan berukuran 1.5 meter, dan badannya lebih besar daripada ibu jari kaki orang dewasa.

Moko turut mengingatkan kepada warga setempat yang menemukan ular di dalam rumah, atau sekitar tempat tinggal mereka untuk tidak bertindak secara melulu.

“Kalau dia dah masuk ke dalam rumah, pantau sahaja, dan segera hubungi pihak bomba. Kami akan membantu,” kata Moko.

Sumber: Tribun News

Aqmal Ezany

I write what is right