Siakap Keli
Gambar via Instagram

(Vidao) Viral Rombongan Presiden Jokowi Beri Laluan Kepada Ambulans, Raih Pujian Rakyat

Tindakan rombongan Presiden Indonesia, Joko Widodo memperlahankan kenderaan bagi memberi laluan kepada ambulans membawa pesakit meraih pujian rakyatnya, lapor Kompas.

Menurut portal itu, rakaman sewaktu rombongan tersebut bertembung dengan ambulans berkenaan telah menjadi tular di media sosial, sekaligus mendapat respon positif masyarakat.

Dalam video berkenaan, kelihatan rombongan tersebut menghentikan kenderaan mereka semasa berselisih dengan ambulans yang membunyikan siren.

Memetik portal itu, pertembungan itu berlaku di jalan di Jalan Raya Purwodadi-Blora semasa presiden berkenaan dalam perjalanan ke program pelaksanaan vaksinasi kanak-kanak berusia enam ke 11 tahun, semalam.

“Saya tak sangka. Awalnya saya fikir mengalah dulu, tapi saya fikirkan pesakit yang sedang kecemasan,” kata Septian, pemandu ambulans seperti dipetik Kompas. Video tersebut dipercayai telah dirakam rakannya yang juga salah seorang penumpang ambulans tersebut.

Rakaman itu disambut baik masyarakat yang memuji sikap presiden berkenaan.

Moga diberkati

Contoh yang baik buat rakyat

 

 

 

Sumber: Kompas.com, Sumarnigrobogan

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.