Oyen memang terkenal dengan perangai nakal dia yang suka buatkan orang geram, rasa nak marah tapi tak boleh marah. Tapi, bukanlah setiap masa Oyen suka buat perangai ada juga ketika mereka ini memang sangat membantu.
Seperti sebuah video yang dikongsikan ini yang menunjukkan seorang pemilik kereta mempunyai sedikit masalah apabila ada seekor anak kucing tidak mahu keluar dari bahagian enjin keretanya.
Kejadian ini sering berlaku lagi-lagi di kawasan yang sejuk, kerana kucing suka ‘menyorok’ di bahagian enjin kereta untuk memanaskan badan mereka.
Pemilik kereta tersebut sudah berusaha memujuk anak kucing tersebut untuk keluar dari situ dengan makanan dan mainan, namun anak kucing tersebut tetap tidak berganjak.
Anak kucing tersebut terus bersembunyi di situ kerana takut. Pelbagai cara telah mereka gunakan untuk menyelamatkan anak kucing tersebut namun tidak berjaya.
Akhirnya, salah seorang jiran mereka memberikan idea untuk menyuruh Oyen peliharaannya membantu memujuk anak kucing tersebut.
Selepas Oyen di angkat dan di halakan pada anak kucing tersebut dia terus mengiau mungkin cuba memanggil atau memujuk anak kucing tersebut supaya keluar dari situ. Tidak berapa lama kemudian, anak kucing tersebut akhirnya bergerak keluar secara perlahan.
Ketika nampak anak kucing itu keluar, orang ramai dengan cepat mengambil si comel itu dan masukkannya ke dalam sangkar.
Sumber: nako740