Sebuah video tular memaparkan aksi seorang lelaki yang hampir maut tetapi berjaya selamatkan diri hanya beberapa saat selepas pemandu kereta api menarik brek kecemasan.
Menurut India Today, video itu dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) di stesen Shivdi, Mumbai. Video itu pada awalnya memaparkan saat di mana lelaki berkenaan yang tiba-tiba baring di atas landasan.
Walau bagaimanapun, pemandu kereta api itu dikatakan berjaya berhenti tepat pada masanya dengan menarik brek kecemasan.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Kementerian Kereta Api di laman Twitter mereka dapat dilihat pegawai polis di landasan kereta api (RPF) itu meluru ke arah lelaki berkenaan sejurus kejadian berlaku.
Kemudiannya, lelaki itu dibawa ke tempat yang selamat.
Menurut cap masa (time stamp) yang ditunjukkan pada rakaman, kejadian itu dikatakan berlaku sekitar jam 11:45 pagi.
मोटरमैन द्वारा किया गया सराहनीय कार्य : मुंबई के शिवड़ी स्टेशन पर मोटरमैन ने देखा कि एक व्यक्ति ट्रैक पर लेटा है उन्होंने तत्परता एवं सूझबूझ से इमरजेंसी ब्रेक लगाकर व्यक्ति की जान बचाई।
आपकी जान कीमती है, घर पर कोई आपका इंतजार कर रहा है। pic.twitter.com/OcgE6masLl
— Ministry of Railways (@RailMinIndia) January 2, 2022
Sumber: India Today, Ministry of Railways