JAKARTA – Seorang peniaga dan juga dikenali sebagai seorang youtuber sedang mencari pengasuh untuk menjaga kesemua patung puaka dibawah jagaannya.
Menurut sumber, youtuber yang dikenali sebagai Rizki Nasution telah menawarkan Rp10 juta setiap bulan kepada sesiapa sahaja yang sanggup menjadi pengasuh tersebut. Selain itu, pengasuh tersebut juga akan mendapat makanan dan tempat tinggal percuma kerana semuanya akan ditanggung.
“Saya masih memerlukan 4 pengasuh lagi untuk patung anak-anak arwahku, gaji Rp10 juta per bulan per orang,” tulisnya melalui unggahan Instagram @rizki_nasution1 pada Kamis, 6 Januari 2021.
Tambahnya, dia juga telah meletakkan beberapa syarat yang perlu dipatuhi oleh kesemua pengasuh untuk menjadi penjaga kepada patung ‘roh anak-anak’ miliknya. Syarat tersebut ialah:
1. Lelaki/wanita 17-40 tahun
2. Bebas dari sebarang pelajaran atau kerja
3. Tidak memiliki anak di bawah usia 7 tahun
4. Bersedia mental dan siap bekerja keras
5. Bersedia berdomisili Jakarta/Medan. Pembiayaan luar bandar tidak ditanggung untuk ke Jakarta/Medan.
Bukan sahaja berkongsi melalui Instagram, Rizki Nasituon juga mengunggah iklan pencarian babysister itu di akaun TikTok salah satu patung roh milik anaknya iaitu @alejandro_nasution1.
Sumber: Pikiran Rakyat Bekasi.com