Kenderaan khususnya kereta telah banyak melalui penambahbaikan mengikut arus pemodenan zaman.
Setiap kereta yang dikeluarkan dan dipasarkan sehingga ke hari ini pastinya akan mempunyai berberapa penambahbaikan daripada spesifikasi dan model mengikut permintaan dan keperluan pengguna.
Contohnya adalah Eco mode yang terdapat pada kebanyakan kereta-kereta baru pada ketika ini. Pasti ramai yang telah ketahui bahawa kesan Eco mode ini kepada kereta, ianya dapat menjimatkan minyak semasa kereta digunakan.
Pun begitu, bagaimana pula dengan ‘Sport Mode’ yang terdapat pada beberapa model kereta di pasaran kini? Apakah yang akan berlaku apabila mode ini diaktifkan dan bagaimanakah ianya berfungsi?
Jurutera Simulasi, Pakar Aliran Bendalir dan Permindahan Haba (fluid dynamics & heat transfer), Dr. Aid Fawzal, menerusi akaun Twitter peribadinya ada menjelaskan berkenaan perkara ini. Bagi mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti penjelasannya seperti berikut:
Bila aktifkan 'Sport Mode' pada kereta apa yang berlaku?
Kita bahagikan kepada 2 ya.
Satu untuk kereta biasa², dan,
Kedua untuk kereta prestasi dan/atau mewah (luxury).*Bonus* Saya cerita juga tentang Eco mode.
… https://t.co/mJMO5bgc7L— Aid Fawzal (@AidFawzal) January 6, 2022
Asasnya, kene faham dulu yang nisbah percampuran bahan api dengan udara main peranan penting dalam penghasilan kuasa.
Pada ‘mode’ harian, ECU (Engine Control Unit) akan menala (tune) untuk kuasa sederhana supaya penggunaan bahan api dengan kuasa tu seimbang (λ=~1). pic.twitter.com/dV21sQyBos
— Aid Fawzal (@AidFawzal) January 6, 2022
Untuk kereta biasa². bila ‘Sport Mode’ diaktifkan, talaan (tuning) enjin mula berubah ke arah kuasa maksima (sila lihat gambar sebelum ni). Secara langsung, penggunaan bahan api juga meningkat.
Sebaliknya bila ‘Eco Mode’, talaan berubah ke arah penjimatan bahan api.
— Aid Fawzal (@AidFawzal) January 6, 2022
Eco tu maksudnya ‘economy’. Tapi logo daun atau warna hijau digunakan melambangkan mesra alam (ecology). Biasa Eco mode akan kurangkan perlepasan gas beracun (low emission).
— Aid Fawzal (@AidFawzal) January 6, 2022
Untuk kereta prestasi dan/atau mewah (luxury) lebih kompleks.
• Perubahan talaan terjadi,
• Throttle response berubah,
• Enjin lebih responsif,
• Steering lebih sensitif,
• Kalau gear auto, penukaran gear lebih mantap, dan,
• Sistem gantungan (suspension) lebih padu.— Aid Fawzal (@AidFawzal) January 6, 2022
Haritu saya dah pernah tulis pendek pasal ‘Eco Mode’. Yang ni:https://t.co/pv7nTtZ53C
— Aid Fawzal (@AidFawzal) January 6, 2022
Steering sensitif tu maksudnya bila kita kilas sikit je, kereta dah boleh tukar haluan (changing lane). https://t.co/Vcn1W8DzUh
— Aid Fawzal (@AidFawzal) January 6, 2022
Sumber: Aid Fawzal