Makan ubat memang satu ‘mimpi ngeri’ bagi setiap orang, khususnya buat kanak-kanak. Bermacam-macam cara dah buat, tetapi mereka memang anti makan ubat, lebih-lebih lagi yang pahit. Sampaikan habis tongkang pecah rumah dibuatnya semata-mata mengejar anak untuk makan ubat tersebut.
Baru-baru ini tular sebuah video di mana seorang bapa sanggup memakai pakaian seperti doktor hanya untuk memujuk anaknya mengambil ubat.
Video tersebut telah dimuat naik dan dikongsikan oleh akaun TikTok prnmasidiq pada Rabu lalu.
“Cosplay jadi ibu doktor dan bapak doktor biar minum obat,” tulis pada kapsyen video tersebut.
Dalam rakaman video tersbeut, seorang lelaki memakai jubah doktor yang berwarna putih, skirt hitam panjang, tudung pashmina dan tidak lupa juga memakai topeng perubatan untuk menutup mukanya.
Berdasarkan video, lelaki tersebut yang merupakan bapanya kelihatan menuju ke sebuah bilik yang dihuni oleh anaknya dan ketika itu sedang duduk di atas katil selepas si ibu menjemput masuk.
Pada ketika itu, anaknya jelas keliru apabila melihat seorang doktor masuk ke biliknya dan hanya berdiam diri di hadapanya.
Si ibu pula kononnya tergesa-gesa memujuk anaknya untuk minum ubat kerana ada doktor di situ. Namun, anaknya tidak sedikit pun berganjak sebaliknya memandang doktor tersebut dan akhinya terus mahu makan ubat.
Walau bagaimanapun, kejadian itu tidak terhenti di situ apabila lelaki tersebut kembali menjadi doktor pada keesokan harinya dengan memakai pakaian doktor pembedahan dan membawa pen sebagai prop suntikan.
Nampak sahaja figura doktor itu, anaknya terus cepat mengambil ubat tersebut.
Video yang dimuat naik ini telah mendapat perhatian warganet sehingga mendapat jumlah tontonan sebanyak 188.6k.
@prnmasidiq costplay jadi budok sama padok biar mau minum obat 🙏🏻🤣#fyp
♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey
Menjengah ke ruangan komen, ada yang terhibur melihat teletah yang ditunjukkan.



Sumber : hits.suara.com