Siakap Keli
Gambar: @gracebooth97

(Video) Cara DIY Bath Bomb Sendiri Di Rumah, Hanya Guna Dua Bahan Ini Sahaja

Penah tak anda terfikir yang anda sebenarnya boleh sahaja buat rawatan untuk meredakan kulit yang sensitif dan sakit di rumah? Anda tidak perlu pergi ke spa dan habiskan banyak wang hanya untuk buat rawatan itu.

Dengan hanya menggunakan dua bahan sahaja anda boleh berendam dalam air yang akan membuatkan kulit anda selembut kulit bayi.

Seorang wanita berusia 24 tahun yang bekerja sebagai pembuat roti telah berkongsikan cara yang dia selalu gunakan untuk merawat kulit dengan hanya menggunakan bahan yang sudah sedia ada dan semestinya murah.

Melalui akaun TikTok @gracebooth97 pemilik telah menunjukkan cara mudah untuk membuat bath bomb sendiri di rumah dengan hanya menggunakan dua barang iaitu sehelai stoking dan oat.

“Jika anda suka berendam di dalam tab mandi seperti saya, anda perlu cuba bath bomb kegemaran saya yang murah dan hanya perlu buat sendiri. Ianya adalah Stoking oat bath bomb,” katanya di dalam video.

“Mula-mula anda hanya perlu mengambil stoking dan masukkan oat di dalamnya dan ikat stoking tersebut supaya oat itu tdak terkeluar.”

Hasil daripada oat tersebut yang menjadikan air mandian anda seperti mandian susu akan membuatkan kulit anda menjadi sangat lembut.

Apabila anda sudah tadah air di dalam tab mandi, anda hanya perlu rendamkan stoking tersebut di dalam tab mandi dan biarkan ianya diserap air. Setelah itu, anda ramaskan stoking tersebut supaya bancuhan oat tersebut keluar.

@gracebooth97

One of my favourite bath products and it costs next to nothing and leaves you so moisturised !! #oatbathsock #bath #bathhack

♬ Blue Moon – Billie Holiday

Menjengah ke ruangan komen, ramai warganet yang turut berkongsi pengalaman dengan kulit sensitif:

Kredit: TikTok @gracebooth97
Kredit: TikTok @gracebooth97
Kredit: TikTok @gracebooth97
Kredit: TikTok @gracebooth97

Sumber: The Sun, @gracebooth97

Zahirah