Pada tahun 1997, seorang ibu bercita-cita untuk mencipta rekod dunia yang paling unik. Oleh sebab itu, dia menamakan anaknya dengan 1,019 huruf sehingga sijil lahirnya sepanjang 2 kaki.
Sekaligus nama kanak-kanak perempuan ini mendapat rekod nama terpanjang dunia. Bukan hanya terpanjang dunia malah sangat unik.
“Saya terpaksa melakukan sesuatu untuk memecahkan rekod Bukuu Guiness dan perlu memastikan namanya menjadi unik. Bahkan saya tidak mahu namanya seperti orang lain,” jelas wanita itu dalam satu rancangan Oprah Winfrey.
Apa yang memeranjatkan semua orang walaupun namanya mempunyai lebih dari 1000 perkataan, kanak-kanak ini yang digelar Jamie mampu menyebut namanya dengan sempurna.
Rhoshandiatellyneshiaunneveshenkescianneshaimondrischlyndasaccarnae renquellenendrasamecashaunettethalemeicoleshiwhalhinive’onchellecaundenesh eaalausondrilynnejeanetrimyranaekuesaundrilynnezekeriakenvaunetradevonneya vondalatarneskcaevontaepreonkeinesceellaviavelzadawnefriendsettajessicanneles ciajoyvaelloydietteyvettesparklenesceaundrieaquenttaekatilyaevea’shauwneorali aevaekizzieshiyjuanewandalecciannereneitheliapreciousnesceverroneccalovelia tyronevekacarrionnehenriettaescecleonpatrarutheliacharsalynnmeokcamonaeloies alynnecsiannemerciadellesciaustillaparissalondonveshadenequamonecaalexetiozetia quaniaenglaundneshiafrancethosharomeshaunnehawaineakowethauandavernellchishankcarlinaaddoneillesciachristondrafawndrealaotrelleoctavionnemiariasarahtashabnequckagailenaxeteshiataharadaponsadeloriakoentescacraigneckadellanierstellavonnemyiatangoneshiadianacorvettinagodtawndrashirlenescekilokoneyasharrontannamyantoniaaquinettesequioadaurilessiaquatandamerceddiamaebellecescajamesauwnneltomecapolotyoajohnyaetheodoradilcyana.
Akibat terlalu sukar untuk disebut, dia hanya memilih untuk dipanggil Jamie sahaja.
Ibunya memberitahu anak perempuan mereka dilahirkan pada tahun 1984 dan suaminya menamakan anak mereka dengan nama Rhoshandiatellyneshiaunneveshenk Koyaanisquatsiuth Williams namun ia tidak cukup panjang. Sehubungan itu, mereka memutuskan untuk mengubah nama anak mereka sehingga 1,019 huruf.
Menariknya mereka mengubah rekod terdahulu di mana soerang lelaki dari Jerman yang mempunyai nama terpanjang dengan 747 perkataan.
Sumber: Odditycentral