Siakap Keli
Kredit: BERNAMA

Jumlah Jemaah Terbesar Selepas Covid-19 Melanda, Indonesia Hantar 419 Orang Tunai Umrah Semalam

JAKARTA, 9 JAN — Kementerian Hal Ehwal Agama Indonesia memaklumkan bahawa seramai 419 orang warganya telah mula menunaikan umrah pada hari Sabtu, sekali gus menandakan keberangkatan umrah terbesar Indonesia selepas dua tahun sejak wabak COVID-19 melanda.

“Semoga Allah memberkati kami untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para jemaah umrah serta bangsa dan negara,” kata Ketua Pengarah Haji dan Umrah Kementerian Hal Ehwal Agama, Hilman Latief dalam kenyataan bertulis yang diterima di sini, Sabtu, lapor agensi Berita Antara.

Buat pertama kali jemaah umrah pada 2022, Latief mengingatkan mereka supaya mematuhi peraturan pencegahan penularan COVID-19 baik di negara mahupun di Arab Saudi.

“Sila bertanggungjawab dengan amanah yang diberikan daripada kerajaan Indonesia dan Arab Saudi. Diharap para jemaah umrah Indonesia agar dapat patuh dari segi mematuhi peraturan terutama berkaitan protokol kesihatan yang ditetapkan. Ingat, wabak COVID-19 masih belum pulih, “tegasnya.

Latief berkata pihaknya kini sedang memuktamadkan peraturan mengenai pelaksanaan umrah semasa pandemik, termasuk yang berkaitan dengan integrasi sistem bersama kerajaan Arab Saudi.

Pelbagai usaha telah dilakukan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan dan perlindungan jemaah haji sepanjang umrah mereka, katanya.

“Kami akan menyemak dengan tepat keperluan kesihatan yang ditetapkan oleh kedua-dua kerajaan dengan memastikan sijil vaksin, ujian kesihatan, kuarantin dan saringan kesihatan untuk jemaah haji,” kata Latief.

Persiapan pelepasan umrah dibuat melalui kerjasama antara Kementerian Kesihatan, Kementerian Luar Negeri, Kementerian Undang-undang dan Hak Asasi Manusia, Pasukan Petugas COVID-19, Pihak Berkuasa Lapangan Terbang dan Badan Mitigasi Bencana Negara (BNPB).

Sumber: BERNAMA

Akhmar Ikmal

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.