Seorang lelaki berusia 47 tahun ditahan atas dakwaan membunuh bapanya yang berusia 80 tahun dengan memukul kepalanya dengan menggunakan batu lesung, lapor India Times.
Menurut laporan, kejadian dikatakan berlaku di Rajgurunagar, di daerah Pune pada 6 Disember lalu.
Lelaki tersebut dikatakan berang apabila mendapat tahu bapanya mendaftar diri untuk perkahwinan. Akibat marah dia dilaporkan menggunakan pisau dengan niat untuk memotong leher ayahnya.
Walau bagaimanapun, dia kemudiannya bertindak memukul kepala ayahnya dengan menggunakan batu lesung sehingga ayahnya mati di tempat kejadian, lapor India Today menerusi India Times.
Sejurus kejadian, lelaki berkenaan terus ke balai polis Rajguru dan menyerah diri. Dia membuat pengakuan di balai polis berkenaan kejadian itu.
Dalam satu kenyataan dia menyebut bahawa dia berang selepas mengetahui keputusan bapanya untuk berkahwin lagi yang seterusnya menyebabkan dia membunuh bapanya itu.
Tambah laporan Inspektor Satish Kumar Gaurav sedang menjalankan siasatan. Tertuduh kini sedang ditahan.
Sumber: India Times