Siakap Keli

Mantan Imam Masjid Kapitan Keling, Tuan Guru Dato’ Syeikh Abdullah Bukhari Meninggal Dunia

Tokoh ulama terkenal di Pulau Pinang, Tuan Guru Dato’ Syeikh Abdullah Bukhari menghembuskan nafas terakhirnya pada hari ini.

Berita duka ini disampaikan oleh Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam satu perkongsiannya di laman Twitter peribadinya.

Allahyarham Tuan Guru Dato’ Syeikh Abdullah Bukhari juga merupakan mantan Imam Masjid Kapitan Keling. Sesungguhnya beliau adalah antara ulama’ tua Pulau Pinang yang boleh dianggap sebagai ‘mutiara’ berharga negeri tersebut.

Kali terakhir saya menziarahinya dan menyampaikan sumbangan penghargaan kepada beliau adalah pada 9 Ogos 2020 semasa saya masih menjawat jawatan sebagai Menteri. Beliau berkhidmat tanpa jemu sebagai Guru Takmir bermula pada tahun 1985 sehingga tahun 2019.

Daripada Ali RA, katanya:

إِذَا مَاتَ العَالِمُ ثُلِّمَ فِي اَلإِسْلَامِ ثُلْمَةٌ لَا يَسُدُّهَا شَيْءٌ إِلَى يَوْمِ القِيَامَةِ
Maksudnya: “Apabila matinya seorang alim nescaya dipatahkan mercu tanda Islam yang tidak mungkin dapat ditampungnya oleh sesuatu hingga hari kiamat.”

اللّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَاَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِّعْ مَدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِلْمَاءِ وَالشَّلْجِ وَالْبَرْدِ وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ الْاَبْيَضُ مِنَ الدَّ نَسِ وَاَبْدِلْهُ دَارً اخَيْرًا مِنْ دَارِهِ

وَاَهْلًا خَيْرًا مِنْ اَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ وَادْخِلْهُ الجَنَّةَ وَاعِذْهُ مِنْ عَدَابِ الْقَبرِ وَفِتْنَتِهِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ

Aamin, semoga rohnya dicucuri rahmat Allah SWT.

 

Sumber: Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.