Bila cuaca panas dapat air teh o ais memang satu kepuasan. Kebiasaannya, minuman ini dipesan bungkus ikat tepi bagi memudahkan untuk diminum.
Berbeza pula dengan lelaki ini, plastik air teh o ais yang dibawanya luar biasa besar. Difahamkan bahawa itu adalah teh o ais limau yang dibungkus dalam plastik yang sangat besar.
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di akaun TikTok milik @brokekbatik, dapat dilihat bahawa plastik minuman tersebut memang besar.
@brokekbatik Panas2 ni pekena teh o ais limau ikat tepi memang syahdu🤤 #fyp #trending #gedabuck
Menjengah ke ruangan komen, warganet turut terhibur dan meninggalkan komen lucu tentang video tersebut.
Sumber: TikTok