Siakap Keli
Gambar: Via Living In 2077

(Video) Dah Dibantu Naik, Kambing Biri-Biri Buat ‘U-turn’ Terjatuh Balik Dalam Parit

Simpati dengan nasib seekor kambing yang terjatuh ke dalam parit, seorang individu telah mengangkat haiwan berkenaan untuk keluar daripada lokasi tersebut.

Pun begitu, setelah bersusah payah menyelamatkannya, si kambing malang berkenaan sekali lagi terjatuh ke dalam lubang yang sama, dipercayai selepas cuba menyeberangi parit berkenaan.

Video dikongsikan Living in 2077 itu telah ditonton lebih 3 juta kali dan mendapat lebih 133 ribu tanda suka setakat ini.

Rata-rata mengaitkan gelagat kambing berkenaan dengan sikap manusia dalam kehidupan harian mereka.

“Sebabtu saya berhenti bazir masa untuk orang yang tak layak dapat perhatian saya.”

“Bila anda bagi ikan, bukan ajar mengail ikan.”

Ada juga yang berpendapat haiwan tersebut bertindak sedemikian disebabkan masalah penglihatan.

Sumber: Living in 2077

" "