Bayi memerlukan nutrien yang cukup untuk membantu proses tumbesaran mereka, terutamanya bayi yang baru dilahirkan.
Tidak seperti orang dewasa, bayi baru lahir tidak boleh mengambil makanan atau minuman sembarangan dan hanya memperoleh nutrien dari susu. Susu badan ibu adalah susu yang terbaik untuk bayi kerana mengandungi zat-zat yang lengkap bagi keperluan mereka membesar.
Oleh itu, adalah sangat penting untuk para ibu bapa memastikan bayi mendapat amaun susu yang cukup untuk mengelak masalah kekurangan nutrisi. Tapi macam mana nak tahu bayi cukup susu atau tidak?
Melalui sebuah thread yang diunggah di laman Twitter miliknya, Dr Redza Zainol berkongsi beberapa simptom yang mungkin dialami bayi anda sekiranya tidak mendapat susu yang cukup. Ikuti perkongsian Dr Redza di bawah ini.
Soalan
Macam mana saya nak tahu bayi saya yang baru lahir tu dapat susu badan yang cukup?
Jawapan
Kalau anak ada tanda-tanda ni, kemungkinan besar anak tak dapat susu yang cukup.
1. Ada urate crystal dalam lampin bayi
Boleh jadi warna merah jambu atau oren. Selalu terjadi pada bayi lelaki yang tak cukup susu.

2. Warna air kencing jadi pekat macam air teh o
3. Tukar lampin bayi kurang dari lima kali sehari
Bila susu tak cukup, kencing pun kurang. Bayi macam ni mungkin kencing satu hingga dua kali sahaja setiap hari. Ini tak normal. Bayi mesti ditukar lampin enam hingga 10 kali sehari. Barulah dikira cukup susunya.
4. Berat badan bayi naik kurang dari 25 gram sehari antara usia sehari hingga tiga bulan
5. Seminggu selepas bayi lahir, berat badan bayi akan turun secara purata 10 peratus
6. Kalau lahir berat 3 kg, selepas seminggu berat bayi jadi 2.7 kg, ini normal
7. Masuk minggu kedua, bayi akan dapat semula berat asal semasa lahir (3kg)
8. Secara purata, berat bayi jadi dua kali ganda masa usia lima bulan dan jadi tiga kali ganda masa umur setahun
9. Jadi kalau berat bayi semasa lahir ialah 3 kg, berat akan jadi 6 kg masa umur lima bulan dan 9 kg masa umur setahun.
Kepada ibu bapa yang ada anak kecil yang masih menyusu, pastikan anak anda mendapatkan susu yang cukup jika ada tanda-tanda seperti di atas. Semoga bermanfaat!
Soalan :
Macam mana saya nak tahu bayi saya yang baru lahir tu dapat susu badan yang cukup?
Jawapan :
Kalau anak ada tanda-tanda ni, kemungkinan besar anak tak dapat susu yang cukup. pic.twitter.com/iX6vF70bCU
— Redza Zainol (@DrRedzaZainol) January 9, 2022
Sumber: Dr Redza Zainol