Siakap Keli
Gambar (Kiri) : thevibes.com/ Gambar : dailymail

‘Atuk 001’ Squid Game Dilapor Menang Anugerah Pelakon Pembantu TV Terbaik Golden Globe

Pelakon yang memegang watak nombor 001 dalam drama Squid Game, O Yeong-su dilapor telah memenangi pelakon pembantu TV terbaik Golden Globes.

Terkenal dengan adengan ‘gganbu’, beliau telah berjaya mengungguli anugerah pelakon pembantu TV terbaik di Anugerah Golden Globes pada tahun ini bagi wataknya yang dimainkannya.

Dalam senarai pemenang anugerah tahunan yang dipaparkan oleh Hollywood Foreign Press Association (HFPA). pelakon berusia 77 tahun itu terpilih sebagai pemenang Pelakon Persembahan Terbaik dalam Peranan Sokongan di TV untuk wataknya dalam siri asal Netflix.

Beliau dikatakan telah berjaya menewaskan Billy Crudup dan Mark Duplass dari ‘The Morning Show”, Kieran Culkin dari ‘Succession’ dan Brett Goldstein dari ‘Ted Lasso’ dengan mengungguli anugerah tersebut.

O Yeong-su memainkan watak peserta tertua, Oh Il-nam, merupakan dalang kepada pertandingan maut itu di mana orang yang dibebani hutang cuba memenangi hadiah wang 45.6 bilion won ( RM 160, 114, 077.98).

Anugerah Golden Globes Edisi ke-79 telah diadakan di Hotel Beverly Hilton di Los Angeles tanpa kehadiran penonton dan tidak ditayangkan di siaran televisyen selepas memboikot Hollywood gara-gara dakwaan kekurangan kepelbagaian. (Yonhap)

Sumber : The Korea Times

Fathin Nadzira

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.