Varian coronavirus baharu, Deltacron didakwa telah ditemui di Cyprus. Ia mempunyai latar belakang genetik yang serupa dengan varian Delta serta beberapa mutasi daripada Omicron. Pakar mengatakan bahawa ia bukanlah sesuatu yang perlu dibimbangkan buat masa ini.
Secara keseluruhan, 10 daripada mutasi Omicron ditemui dalam 25 sampel yang diambil di Cyprus. 11 daripada sampel itu datang daripada pesakit yang dimasukkan ke hospital akibat virus berkenaan, manakala 14 daripada populasi umum.
Menurut Ketua Makmal Bioteknologi dan Virologi Molekul di Universiti Cyprus, Dr Leondios Kostrikis berkata, kekerapan mutasi dalam kalangan pesakit yang dimasukkan ke hospital adalah lebih tinggi dan boleh menunjukkan korelasi antara varian baharu dan juga kemasukan ke hospital.
“Varian baharu itu bukanlah sesuatu yang perlu dibimbangkan buat masa ini”, kata Menteri Kesihatan Cyprus, Michalis Hadjipandelas pada hari Sabtu.
Beliau juga menggariskan bahawa penyelidikan ini meletakkan Cyprus di peta antarabangsa apabila ia berkaitan dengan masalah kesihatan. Setakat ini, nama saintifik bagi varian baharu itu belum diumumkan.
Sumber: Khaleej Times