Siakap Keli

Ganjaran Bernilai RM100,000 Untuk Dimenangi, Cuma Perlu Beli Coklat Ni Je

Syarikat coklat tempatan, Chocodap’s menawarkan ganjaran hadiah yang bernilai sehingga RM 100,000 untuk dimenangi pada tahun ini.

Kempen yang dijalankan syarikat itu bernama Grand Rewards Chocodap’s merangkumi pelbagai lagi hadiah lumayan yang menarik antaranya adalah motosikal, telefon pintar termasuk barang kemas untuk dimenangi.

Tak hanya itu, 10 orang pemenang bertuah juga dalam kempen itu bakal dipilih untuk membawa pulang wang tunai sebanyak RM 1000 setiap seorang dengan jumlah keseluruhan yang ditawarkan adalah RM 10,000.

Seluruh ejen, dropship termasuk pelanggan berpeluang untuk menyertai kempen yang bermula daripada bulan ini sehingga Jun depan.

Syaratnya, ejen, dropship atau pelanggan hanya perlu melakukan pembelian coklat keluaran Chocodap’s terutamanya produk terbaharu iaitu ‘Milk Chocolate Mini Bites’.

Pengasasnya, May Sarah Nadiah Meor Mohamad dan Mohamad Farhan Bin Mohamad Zainuddin selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) menekankan, kempen ini sebagai inisiatif penghargaan kepada ejen dan dropship jenama itu.

“Tak susah untuk menang. Hanya perlu beli produk Chocodap’s, siapa tahu hadiah lumayan mungkin bakal jadi milik anda.

“Bukan itu sahaja, kami juga menyediakan peluang pendaftaran dropship secara percuma.

“Untuk info lanjut, anda boleh layari laman sesawang kami di www.chocodaps.com. Syarat dan terma boleh dirujuk di halaman berkenaan,” jelas pasangan suami isteri itu.

Mereka juga turut menambah bahawa, kempen ini merupakan anjuran kali ketiga sejak syarikat tersebut tertubuh.

Cuma bezanya adalah tempoh kempen yang dijalankan pada kali ini dipendekkan ke enam bulan sahaja berbanding 12 bulan.

Setakat ini, syarikat ini telah memiliki lebih 55,000 agen dan ‘dropship’ berdaftar dengan dua gudang serta dibantu oleh 40 orang kakitangan.

Jenama yang diiktiraf sebagai The Brandlaureate The World’s First Halal BestBrand E-Branding Award 2020 ini berasal daripada gabungan ‘chocolate’ dan ‘sedap’ dan legasinya bermula sejak 2015.

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.