Siakap Keli
Kredit : TikTok wfsufina

Ibu Bapa Perlu Tahu, Ini Cara Nak Kawal Masa & Tapis ‘Content’ Tak Sesuai Pada Akaun TikTok Anak Anda

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kini, media sosial merupakan platform paling popular dalam kalangan masyarakat. Tidak kira usia tua atau muda, pastinya ada satu akaun media sosial seperti Facebook, Twitter atau TikTok.

Walau bagaimanapun, setiap apa yang tercipta di dunia ni ada pros and cons. Ada kalanya, media sosial dapat memberi manfaat kepada orang ramai melalui perkongsian ilmu, resipi atau tips-tips dan keburukan kepada orang ramai.

Terutamanya, bagi kanak-kanak. Banyak keburukan yang dapat mempengaruhi pemikiran kanak-kanak jika melihat pengisian-pengisian yang berbahaya dan memudaratkan mereka.

Oleh itu, ramai ibu bapa risau akan keselamatan anak-anak mereka jika mereka meniru aksi yang ditonton dan tidak dipantau dengan baik.

Menerusi perkongsian daripada akaun TikTok wfsufina, wanita ini ada berkongsikan satu tips yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk memantau tontonan anak-anak anda di akaun TikTok.

Senang sahaja. Hanya ikuti langkah berikut:

  1. Buka akaun TikTok anda.
  2. Pergi ke bahagian ‘Settings‘.
  3. Skrol ke bawah dan tekan butang ‘Family Pairing‘. Jadi, anda akan nampak senarai semak di mana anda boleh kawal masa tontonan, tapis kandungan dan privasi atau keselamatan.
  4. Kemudian, klik butang ‘Next‘ dan anda akan nampak dua ikon, iaitu ibu bapa dan remaja.
  5. Selepas itu, anda harus tekan butang ‘Next‘ dan akan diberikan kod QR.
  6. Bagi anak anda pula, caranya sama sahaja dan hanya menekan pada butang remaja dan scan kod QR tersebut.
@wfsufina

Teenagers vs ibubapa.. 🤣🤣 cuba share cara pendekatan anda . #TikTokGuru #JomBelajar #LearnOnTikTok #TahuKahAnda #bizmom #bisnesonline #yezzaaa

♬ original sound – Wfsufina | TikTok Teacher – Wfsufina | TikTok Teacher

Sumber : TikTok wfsufina

Fathin Nadzira

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.