Siakap Keli
Kredit: Jabatan Bomba dan Penyelamat WP Kuala Lumpur

Kebakaran Rumah Panjang Bukit Kiara, Sekurang-kurangnya 5 Unit Rumah Terbakar

Memetik laporan daripada akaun rasmi Facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, lima unit rumah di Rumah Panjang Bukit Kiara di Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Kuala Lumpur, musnah terbakar.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur menerusi satu kenyataan pada Isnin berkata, pihak mereka menerima panggilan kecemasan berkenaan kejadian tersebut pada 11:47 malam Ahad, 9 Januari dan bergegas ke lokasi kejadian.

Seramai 34 anggota dari balai TTDI, Sri Hartamas dan Sentul telah dihantar ke lokasi kejadian. Menurut Komander Operasi Kanan, Letchumanan A/L Mariapan, kebakaran itu melibatkan lima unit rumah. Anggaran keluasan kebakaran 50 x 30 kps dan kemusnahan 100%.

“Siasatan mengenai punca kebakaran masih diteruskan”, katanya menerusi kenyataan itu.

Kredit: Jabatan Bomba dan Penyelamat WP Kuala Lumpur
Kredit: Jabatan Bomba dan Penyelamat WP Kuala Lumpur
Kredit: Jabatan Bomba dan Penyelamat WP Kuala Lumpur
Kredit: Jabatan Bomba dan Penyelamat WP Kuala Lumpur

Sumber: Jabatan Bomba dan Penyelamat WP Kuala Lumpur

Aireena Marizan