Siakap Keli
Kredit: Atlas Obscura/ Daily Star

Kisah Tragis ‘Batu Peringatan’ Di Tepi Jalan Sibuk Ini, Saksi Dakwa Nampak Kelibat Setiap Kali Batu ‘Diganggu’

Sekali imbas, ia kelihatan seperti tugu peringatan biasa di tepi sebuah jalan berhampiran Nottinghamshire. Namun, di sebalik batu tersebut, ada kisah sedih yang tragis mengenai seorang wanita yang maut dibunuh.

Menurut Daily Star, batu berkenaan merupakan peringatan bagi Elizabeth Sheppard atau dikenali sebagai Bessie yang didakwa ‘menghantui’ jalan A60 antara Ravenshead dan Mansfield.

Pada Julai 1817, Bessie yang ketika itu berusia 17 tahun dikatakan telah keluar mencari kerja sebagai orang gaji di Mansfield sebelum diserang ketika dalam perjalanan pulang, tulis portal itu.

Pembunuh tersebut didakwa merupakan bekas tentera yang pernah berperang dalam Perang Napoleon. Suspek telah meminum alkohol di sebuah pub berhampiran sebelum bertembung dengan mangsa di jalan tersebut (jalan A60).

Suspek kemudiannya membuang jasad Bessie sebelum mengambil kasut baru dan payung mangsa untuk dijual.

Pun begitu memetik Atlas Obscura, lelaki berusia 33 tahun itu gagal menjual barangan tersebut dan akhirnya meneruskan perjalanan ke selatan, menuju Nottingham.

Menerusi operasi secara besar-besaran, pelaku kemudianya berjaya ditahan selepas didapati berlegar-legar di atas jambatan.

Dia kemudiannya dikenakan hukuman gantung sampai mati di hadapan khalayak ramai.

Diceritakan, terdapat kelibat yang dikaitkan dengan tragedi itu setiap kali batu berkenaan diganggu. Pada 1930-an, jalan tersebut telah dilebarkan dan batu tersebut diubah beberapa kaki daripada lokasi asal. Lantaran itu, ada saksi mendakwa terlihat penampakan merayau-rayau di lokasi asal batu berkenaan selama beberapa hari. Malah, penampakan serupa dikatakan muncul selepas batu tersebut dilanggar kereta kira-kira 20 tahun kemudian, tulis Atlas Obscura.

Sumber: Daily Star, Atlas Obscura

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.