Siakap Keli
Gambar hiasan via Bernama

Pengguna Tidak Perlu Bimbang Bil Elektrik Naik – FOMCA

SHAH ALAM – Rakyat tidak perlu risau berkaitan tarif elektrik baharu bagi tahun 2022 hingga 2024 yang bakal diumumkan tidak lama lagi.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Dr Saravanan Thambirajah berkata, dijangkakan tidak berlaku sebarang kenaikan disebabkan harga bahan api tidak menunjukkan sebarang peningkatan.

Jelasnya lagi, walaupun terdapat sebarang kenaikan yang akan diumumkan, ia tidak menjejaskan rakyat kerana akan ditanggung oleh Kumpulan Wang Industri Elektrik (KWIE).

“Jadi, pengguna tidak akan bayar kalau harga naik. Dalam erti kata lain, ia telah diberi subsidi oleh kerajaan”, katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, kerajaan memberi jaminan tarif elektrik baharu bagi tahun 2022 hingga 2024 akan diumumkan kerajaan dalam masa terdekat tidak akan membebankan rakyat.

Menurut Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, kerajaan telah pun membuat keputusan tentang penetapan tarif elektrik dalam tempoh tiga tahun berkenaan.

Sumber: Sinar Harian

Aireena Marizan

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.