Siakap Keli
Gambar: FB Jaafar Onn

Usia Dah Menjangkau 71 Tahun Tapi Nampak ‘Steady’, Jaafar Onn Kongsi Tips Sihat

Sebut sahaja nama Jaafar Onn, pasti ramai yang mengenali chef selebriti ini. Kalau sekarang kita ada Che Nom dan Khairul Aming yang sensasi di Internet, dulu, Jaafar Onn lah antara chef selebriti yang popular di televisyen.

Bagi golongan mak-mak kita, sudah tentu biasa dengar celotehnya di televisyen dan mengikuti resepinya dalam majalah masakan. Sedar tak sedar, sudah berpuluh tahun beliau muncul di kaca TV berkongsi resepi dan tips masakan yang berguna.

Mungkin ada yang tak tahu, rupanya tahun ini beliau sudahpun mencecah berusia 71 tahun. Pasti ada yang tak percaya, bukan? Semuanya kerana penampilan beliau yang ‘steady’ sahaja. Nak tahu tips sihat beliau? Teruskan membaca.

Dah tiga tahun minum jus peria katak

Gambar hiasan. (Kredit: Google)

Baru-baru ini, beliau telah berkongsi salah satu tips beliau menjaga kesihatan, iaitu dengan meminum jus peria katak.

Jelasnya, beliau pernah hampir berputus asa apabila doktor memaklumkan kandungan gula dalam darahnya melebihi paras normal. Maka disebabkan itulah, beliau mula mengambil peria katak, salah satu sayuran yang dapat menurunkan kadar gula dalam darah.

“Sebenarnya saya hampir putus asa bila doktor beritahu kandungan gula berlebihan dalam darah. Atas nasihat kawan, saya diperkenalkan produk kapsul ekstrak peria. Dan ia betul membantu kurangkan gula dalam darah,” kongsinya di laman Facebook baru-baru ini.

“Saya dah amalkan minum air peria katak selama tiga tahun berturut-turut sebelum jumpa kapsul ini. Saya kisar dua atau tiga biji. Tanpa tapis, saya minum airnya. Ia membantu mengurangkan gula dalam darah saya.”

Tambahnya lagi, beliau sudah tidak menggunakan gula dalam minuman demi menjaga kesihatan.

Selepas mengambil peria katak ujarnya, beliau kini tak perlu lagi bangun malam untuk ke tandas bagi membuang air kecil, sebaliknya terus lena hingga ke pagi.

Peria katak, ‘insulin tumbuhan’

Kredit: Google

Peria katak atau Momordica charantia merupakan sayuran paling pahit di dunia yang penuh khasiat, terutamanya untuk pesakit kencing manis. Tumbuhan ini juga dianggap ‘insulin tumbuhan’ dalam perubatan Ayurveda India.

Sayuran ini turut dijadikan teh di Filipina oleh golongan miskin yang tidak mampu mendapatkan rawatan bagi mengawal diabetes.

Dalam satu kiriman Kementerian Kesihatan (KKM), saintis telah mengkaji keberkesanan ekstrak peria katak ke atas tikus makmal dan mendapati ia mampu bertindak seperti insulin.

“Selain itu, ia juga membantu merencat penyerapan gula di usus dan menggalakkan sel-sel menggunakan gula dengan lebih efektif untuk ditukarkan menjadi tenaga. Ia juga membantu mengurangkan paras gula dengan merencat penghasilan gula oleh hati,” tulis KKM.

“Ia kini boleh diambil dalam bentuk kapsul atau dijadikan jus minuman dan diambil secara mentah sebagai ulam atau dimasak sebagai sayuran,” tambah laman itu lagi.

Bagaimanapun pesan KKM, pengambilan peria katak bersama ubatan moden mungkin boleh menyebabkan hipoglisemia, keadaan di mana paras gula turun terlalu rendah. Oleh itu, anda perlu mendapatkan nasihat pakar sebelum mengamalkan rawatan tradisi ini.

“Sila dapatkan nasihat doktor atau pegawai farmasi sebelum mengambil rawatan tradisional ini kerana anda mungkin perlu mengubah dos ubatan moden anda.”

Peria katak FATMAN

Dalam kesibukan hari ini, ramai mengaku tak sempat sediakan makanan yang sihat. Asyik makan makanan segera atau drive-thru sahaja, risau juga kesihatan diri dalam jangka masa panjang.

Belum campur minuman manis yang trending sekarang ni. Entah berapa gram gula masuk dalam badan setiap hari jika dikira.

Nak makan peria katak atau buat jus, tak tahan pahit pula. Jalan mudah, ambil sahaja kapsul ekstrak peria katak keluaran FATMAN.

Untuk pengetahuan, FATMAN Group Sdn Bhd telah berkolaborasi dengan Universiti Tun Hussein Malaysia (UTHM) untuk menjalankan penyelidikan dan pembangunan produk mereka.

Mereka telah menyumbang RM250,000 kepada universiti tersebut bagi melakukan kajian mengenai ekstrak halia hitam dan peria katak sebagai makanan kesihatan.

Produk Peria Katak FATMAN telah dihasilkan menggunakan buah peria yang berkualiti dan organik sahaja. Ia melalui proses pengeringan dan penyulingan sebelum diambil ekstraknya agar kualitinya tidak terjejas. Malah, kapsul peria katak mereka adalah 100 peratus peria tanpa campuran bahan asing.

Jika anda berminat untuk mendapatkan kapsul Peria Katak FATMAN, bolehlah hubungi http://www.wassap.my/0197281070/SKperia untuk pembelian.

Amira

Love yourself.