Siakap Keli
Gambar Via Google

Hanya Nak Curi ‘Handphone’, Lelaki Dipercayai Bunuh Budak 9 Tahun, Campak Mayat Dalam Gaung

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun dipercayai telah menjadi mangsa pembunuhan di Desa Wanaraja, Kecamatan Wanayasa, Jawa Tengah.

Memetik laporan Kompas, telefon pintar mangsa dipercayai telah dicuri oleh pelaku sebelum mangsa dibunuh dan dihumban ke dalam gaung.

Mangsa telah ditemui pada Isnin dalam keadaan tersangkut pada dahan pokok dalam gaung sedalam kira-kira 200 meter.

Menurut Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Resor Banjarnegara, Ajun Komisaris Donna Briadi, kanak-kanak malang itu dilaporkan bermain di rumah suspek sebelum diajak untuk pergi memancing di sungai berdekatan hutan.

“Bagaimanapun, sehingga petang mangsa tidak pulang ke rumah, membuatkan kedua ibu bapanya bimbang,” katanya.

Ibu bapa mangsa telah bertanya kepada suspek mengenai keberadaan anak mereka namun suspek berkata mereka berdua tidak pergi memancing, sebaliknya mereka hanya bermain-main dan makan makanan ringan di sekitar hutan.

Setelah itu, suspek mendakwa bahawa dia mengucapkan selamat tinggal untuk mengambil air sebentar di pondok berhampiran hutan.

Hasil soal siasat, suspek mengaku bahawa dia telah membunuh dan membuang mayat mangsa ke dalam gaung dan kemudian ditutup dengan daun.

Sementara itu, Ketua Kampung Wanaraja, Eko Guntoro, berkata lebih 100 orang dipercayai telah membantu mencari mangsa.

Tambahnya, mangsa merupakan anak tunggal dan merupakan sepupu kepada suspek.

Pihak polis masih lagi menyiasat lebih lanjut mengenai kes tersebut.

Sumber: Kompas

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.