Siakap Keli
Gambar via CNN

Jejas Alam Sekitar Dan Kesihatan Penduduk, Presiden Turkmenistan Arah Api ‘Pintu Neraka’ Dipadam Segera

ASHGABAT – Presiden Turkmenistan, Gurbanguly Berdymukhamedov mengarahkan kerja memadamkan kawah gas asli yang dikenali sebagai ‘pintu neraka’. Kawah gas itu difahamkan telah terbentuk sejak sedekad yang lalu dan kini menjadi tarikan pelancong di Turkmenistan.

Pembentukan kawah itu sering dikaitkan dengan penggerudian Soviet pada tahun 1971. Menurut ahli geologi Turkmen tempatan, kawah besar itu terbentuk pada tahun 1960-an yang hanya dipenuhi dengan nyalaan api pada 1980-an.

“Kawah itu menjejaskan kedua-dua alam sekitar dan kesihatan orang yang tinggal berdekatan.

“Kami kehilangan sumber semula jadi yang berharga, di mana kami boleh memperoleh keuntungan yang besar dan menggunakannya untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat kami”, katanya dalam satu kenyataan.

Presiden Berdymukhamedov membangkitkan kebimbangan terhadap alam sekitar dan meminta kerajaan untuk mencari jalan bagi proses pemadaman api dapat dilakukan dengan kadar segera.

Sumber: CNN 

Aireena Marizan