Siakap Keli
Kredit: The Guardian

Juruterbang Nyaris Temui Ajal, Pesawat Gagal Berlepas Dan Dirempuh Kereta Api

LOS ANGELES – Sebuah pesawat terhempas beberapa saat sebelum pesawat itu dilanggar kereta api di landasan kereta api California, pada Ahad.

Video yang berdurasi selama 46 saat itu menunjukkan beberapa pegawai polis menyelamat dan mengeluarkan juruterbang dari pesawat berkenaan selepas ianya berlepas di kawasan kejiranan Pacoima.

“Pesawat itu gagal berlepas dan mendarat di landasan kereta api di persimpangan tersebut”, kata Luis Jimenez, seorang komposer muzik berusia 21 tahun yang merakam video itu.

“Hanya beberapa saat sebelum pegawai polis menyelamatkan juruterbang itu, sekeping serpihan pesawat hampir mengenai saya.

Kredit: The Guardian
Kredit: The Guardian
Kredit: The Guardian

Juruterbang itu diberikan rawatan selepas mengalami kecederaan ringan seperti luka dan lebam dan kini berada dalam keadaan stabil. Setakat ini, tiada seorang pun penumpang di dalam kereta api berkenaan mengalami kecederaan.

Rakaman video yang dimuat naik di Twitter Jabatan Polis Los Angeles memaparkan rakaman kamera badan pegawai yang menarik keluar juruterbang  itu dari pesawat.

Sumber: The Guardian

Aireena Marizan