Siakap Keli
Kredit: ICN

Lebih Separuh Rakyat Eropah Didakwa Bakal Dijangkiti Omicron Dalam Masa Dua Bulan Lagi

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) Eropah memberi amaran bahawa lebih dari separuh rakyat Eropah didakwa bakal dijangkiti virus Covid-19 dengan varian Omicron dalam masa dua bulan lagi.

Pengarahnya, Dr. Hans Kluge mendakwa, virus Omicron akan melanda ke seluruh benua itu meliputi kawasan dari barat hingga ke timur.

“Pada kadar ini, Institut Metrik dan Penilaian Kesihatan (IHME) meramalkan bahawa lebih daripada 50 peratus penduduk di rantau ini akan dijangkiti Omicron dalam tempoh enam hingga lapan minggu akan datang,” katanya.

Tambah Kluge lagi, sebanyak 50 daripada 53 buah negara dan wilayah termasuk di Asia Tengah telah dijangkiti Covid-19 dengan varian Omicron setakat ini.

Difahamkan, lebih satu peratus populasi di 26 negara telah dijangkiti Covid-19 setiap minggu dan setakat minggu pertama 2022 sahaja, tujuh juta kes jangkitan dilaporkan.

Walau bagaimanapun, Kluge menekankan bahawa vaksin yang diluluskan dapat terus memberi perlindungan yang baik terhadap penyakit dan kematian yang teruk, termasuk jangkitan Omicron.

Sumber: France 24

 

Faiz Mustafa