Siakap Keli
Gambar hiasan via Bernama

MKN, JPM Nafi Dakwaan Pelaksanaan PKPD Di Taman Sri Pulai Perdana

Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Perdana Menteri (JPM) menafikan kesahihan mesej tular mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran bermula 10 Januari sehingga 20 Januari di Taman Sri Pulai Perdana seperti yang tular di media sosial.

Mesej yang telah tular itu menyatakan bahawa Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) serta MKN telah mewartakan seluruh kawasan tersebut sebagai kawasan PKPD kerana terdapat penularan wabak COVID-19.

MKN dan JPM menegaskan bahawa mesej tersebut adalah palsu dan orang ramai dinasihatkan agar berhenti daripada menyebarkan maklumat yang tidak sahih yang boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Sumber: RTM Malaysia

Aireena Marizan