Siakap Keli
Kredit : plus.com.my

Restoran Jejantas Sungai Buloh (Arah Utara) Ditutup Sementara 11 Januari, Stesen Minyak Beroperasi Seperti Biasa

PLUS Malaysia sebentar tadi memaklumkan Restoran Jejantas Sungai Buloh akan ditutup sementara bagi menjalankan kerja-kerja pembersihan.

Menerusi perkongsian di laman Facebook rasmi PLUS Malaysia, kerja-kerja pembersihan yang dilakukan adalah untuk memastikan persekitaran restoran yang bersih serta selamat untuk semua pengguna.

Tarikh yang dijadualkan adalah bermula pada 11 Januari 2022 pada jam 10 malam sehingga 5 pagi.

Namun, stesen minyak masih beroperasi seperti biasa.

Segala kesulitan amat dikesali dan orang ramai masih boleh mengunjungi stesen minyak yang berdekatan.

Kredit : PLUS Malaysia

Sumber: PLUS Malaysia

Fathin Nadzira

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.