Siakap Keli
Gambar: @paknuatt

(Video) “Balik Awal Kalau Macam Ni”, Kelibat Seakan Lembaga ‘Berbungkus Elok’ Bergolek Atas Jalan Raya Bikin Seram

Perkara yang berkaitan dengan alam mistik ini memang sudah tidak asing lagi dengan kehidupan masyarakat masa kini. Lebih-lebih lagi masyarakat kita memang gemar dengan cerita-cerita yang seram sebegini.

Kadang-kadang itu gangguan seperti bunyi-bunyian pun sudah cukup buat seseorang itu meremang bulu roma, apatah lagi kalau lalu depan mata kan?

Menerusi satu video yang dikongsikan di laman media sosial TikTok @paknuatt, kelihatan satu entiti yang tidak diketahui bergolek di atas jalan raya.

Berdasarkan daripada video tersebut beserta dengan kelam malam entiti tersebut dipercayai menyeruai rupa pocong.

“Alahai masa-masa macam inilah dia nak buat perangai,” tulis pemilik akaun di dalam video tersebut.

@paknuatt

Auto balik awai klu mcmni….😥😥😥#penangport🇲🇾 #budakport #tiktokmalaysia #fypシ #xyzbca

♬ Scary Sounds – Bobby Cole

Tetapi, seramlah macam mana pun sesuatu cerita itu masyarakat kita memang ada cara tersendiri untuk melawak.

Kredit: @paknuatt
Kredit: @paknuatt
Kredit: @paknuatt
Kredit: @paknuatt

Sumber: @paknuatt

Zahirah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.