“Don’t play play, okay” ungkapan ini cukup popular dalam satu sitkom dari negara jiran, Singapura iaitu Phua Chu Kang. Sangat nostagia walaupun ianya siri komedi dari negara luar tetapi ia sangat popular di Malaysia suatu ketika dahulu.
Sehingga sekarang orang ramai masih terngiang-ngiang cara mereka bertutur dalam slanga ‘Singlish’. Kini sudah genap 15 tahun drama siri komedi itu ‘rehat’ sejak episod terakhir sitkom itu ditayangkan.
Baru-baru ini, para pelakon sitkom ini bertemu semula dalam satu rancangan “Phua Chu Kang Pte Ltd” yang disiarkan khas oleh CNA untuk mereka yang merindui barisan pelakon ini.
Tetapi apa yang menarik perhatian ramai apabila salah seorang pelakon sitkom itu muncul dalam rancangan tersebut ia membuatkan rakan-rakannya tergamam. Ya, penampilannya berubah 360 darjah dan kelihatan lebih tampan.
Ini wajah 25 tahun dahulu…
Ini wajah sekarang, sangat tampan dan berbeza daripada dahulu.
Ramai yang tak percaya dengan kemunculan pelakon Pierre Png (49 tahun) yang popular dengan watak Phu Cu Beng, adik kepada Phua Chu Kang ini kerana dia nampak lebih muda dari usianya. Tak kurang juga ada yang meminta dia membuat pendedahan tentang penjagaan kulit muka.
Difahamkan dalam video di bawah, mereka menceritakan kisah lucu disebalik takbir pembikinan sitkom ini. Mereka menceritakan ada situasi di mana para pelakon terpaksa mencari ‘tahi lalat’ yang hilang. Banyak kenangan yang mereka bercerita di dalam rancangan ini.
Ramai lagi wajah-wajah yang korang boleh lihat dalam rancangan ini menerusi video di bawah.
Sumber: CNA Insider