Siakap Keli
TikTok: @toopz99

(Video) Niat Nak Hantar ‘Parcel’ Tergendala, Abang Kurier ‘Cemas’ Kena Kejar Dengan Angsa

Angsa adalah antara haiwan nakal yang gemar mengejar orang secara tiba-tiba. Setiap kali terserempak dengan angsa, pasti membuatkan ramai takut. Ada yang kecut perut sehingga boleh menangis.

Tular di media sosial, seorang kurier dikejar oleh sekumpulan angsa semasa hendak menghantar bungkusan atau parcel kepada penerima.

Dalam satu video yang dikongsikan di akaun TikTok milik @toopz99, dapat dilihat bahawa seorang kurier atau posmen itu berniat untuk menghantar bungkusan kepada penerima. Namun, segalanya bertukar tragedi apabila dia dikejar oleh sekumpulan angsa.

Difahamkan bahawa laluan itu agak sempit dan tidak boleh dilalui oleh motosikal. Oleh itu, kurier ini memilih untuk berjalan kaki.

Semasa di tengah jalan, kurier ini panik kerana dihalang oleh empat ekor angsa.

“Kalau kena kejar dengan anjing, dah biasa. Sekarang kena kejar angsa”, tulisnya.

@toopz99

Kalo dikejar anjing orang udah biasa, Sekarang disosor soang😂 @Anteraja @AbangKurir #kurirpaket #Fyp #fypシ゚viral

♬ suara asli – Fii. – Fii.

Video berdurasi 17 saat itu telah mendapat perhatian warganet dan sebanyak 359.4k tanda suka atau likes. Menjengah ke ruangan komen pula, warganet turut meninggalkan komen lucu dan berseloroh selepas melihat video itu.

Sumber: TikTok

Aireena Marizan