Siakap Keli
Sumber: Facebook

(Video) Oyen Buat Hal lagi, Selamba ‘Berani Mati’ Curi Makanan Dari Singa

Sebut sahaja kucing bewarna oren atau ‘Oyen’, pastinya kita akan teringat gelagat-gelagat nakal yang dilakukan oleh kucing comel ini.

Ada sahaja perkara-perkara lucu atau nakal, kebanyakkannya pasti datang dari kucing comel bewarna oren.

Kali ini, tular pula video aksi berani mati Si Oyen cuba mencuri daging yang sedang dimakan oleh seekor singa jantan di dalam sebuah sangkar.

Berpandukan video itu, pada asalnya kelihatan seekor singa jantan dewasa sedang enak meratah daging sebagai santapannya ketika itu.

Namun tidak jauh dari situ, boleh pula muncul Si Oyen yang entah dari mana-mana sibuk ‘mengendeng’ untuk meminta cebisan daging milik singa itu.

Video yang dimuat naik di dalam Group Pencinta Kucing di Facebook itu telah ditonton lebih 300 kali serta hampir 300 perkongsian setakat ini.

Nak tahu apa yang jadi lepas tu? Adakah Si Oyen berjaya ‘mengepau’ daging-daging milik singa tersebut? Jom tonton video lucu ini & semoga terhibur!

Sumber: Facebook Pencinta Kucing

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.