Siakap Keli
Gambar: fakta indo

(Video) Tiga Lelaki Berdepan Detik Cemas, Kereta Tenggelam Dalam Sungai Gara-Gara Terlupa Tarik ‘Hand Brake’

Mendebarkan, tiga pemuda berdepan detik cemas apabila kereta yang dinaiki mereka tenggelam dalam sebuah sungai.

Memetik laporan Mitra Post, kejadian tersebut berlaku di daerah Tanjung Senai, Kabupaten Ogan Ilir, Sumatera Selatan, Indonesia pada Ahad lalu.

Insiden itu disyaki berlaku kerana mereka dipercayai terlupa menarik brek tangan, membuatkan kereta yang diparkir di tepi jalan itu bergerak sehingga masuk ke dalam sungai yang berdekatan.

Rakaman video berkenaan kejadian tersebut telah dimuat naik di akaun Instagram Fakta Indo sehingga ianya menjadi tular sejak semalam. Dalam video itu, dapat dilihat bahawa terdapat kereta MPV berwarna hitam tenggelam dalam masa beberapa saat sahaja.

Mujur ketiga-tiga lelaki yang berada di dalam kereta itu sempat keluar dan menyelamatkan diri. Ketika kejadian, dua orang penduduk yang melihat kejadian itu juga dipercayai terjun ke dalam sungai bagi menyelamatkan mereka.

Tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa yang dilaporkan berlaku susulan daripada insiden terbabit.

 

Sumber: Mitra Post

" "