Siakap Keli

(Video) Viral Air Bukit Turun Deras Di Kampung Sejingkat, Ini Respon APM Kuching

Tular sebuah video yang menunjukkan situasi cemas apabila berlaku limpahan air deras dari bukit menuruni ke kawasan perkampungan di Kampung Sejingkat Kuching awal pagi tadi.

Menerusi video yang dikongsaikan, menunjukkan hujan lebat dan mengakibatkan air deras melalui celahan kawasan perumahan.

Justeru itu, Angkatan Pertahan Awam Kuching (APM) telah melakukan permantauan kawasan berisiko banjir di Daerah Kuching kerana sekarang merupakan fasa Monsun Timur Laut.

Menurut Timbalan Respon Pemantauan APM Kuchng berkata pihaknya menerima laporan kejadian insiden air deras turun dari atas bukit di kawasan kampung.

Hasil daripada pemantaun mendapati keadaan hujan lebat mengakibatkan limpahan air deras menuruni kawasan bukit di kawasan kampung berkenaan.

Bagaimanapun, pemantauan lokasi mendapati situasi adalah terkawal dan tiada sebarang insiden bencana berlaku. Oleh itu, penduduk diingatkan berjga-jaga dengan sebarang kemungkinan yang berlaku.

Sila hubungi nombor hotline kecemasan :

1. MERS 999
2. PKOD Kuching 082252940/082252941
3. Bilik Gerakan Bencana Daerah Dan Bahagian Kuching
082-547827& 082-547934

 

 

Sumber: Video Kosmo via Muhammad Khalid, APM

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.