Siakap Keli
Gambar via Google

Warganet Tertanya Kenapa Ada Cawangan KFC Tiada Coleslaw, Ini Jawapan KFC Malaysia

Kentucky Fried Chicken (KFC) merupakan restoran makanan siap saji yang sangat ikonik di Malaysia. Boleh dikatakan di setiap daerah, mesti ada restoran KFC ni.

Seiring dengan namanya, KFC menyediakan hidangan ayam goreng sebagai menu utama dan dilengkapi pelbagai juadah sampingan yang lain. Seperti yang ramai tahu, salah satu menu sampingan yang cukup popular di KFC adalah coleslaw.

Namun begitu, timbul tanda tanya oleh seoarang netizen di media sosial Twitter mengenai cawagan KFC di kawasannya yang tidak menyedaikan hidangan berasaskan sayur-sayuran itu.

Menjawab persoalan tersebut, KFC memaklumkan bahawa terdapat cawangan restoran mereka tidak menyediakan hidangan coleslaw atas alasan yang tak dapat dielakkan.

“Dengan dukacitanya, kami tidak menghidangkan coleslaw di cawangan-cawangan tertentu di Sabah, Sarawak dan Langkawi disebabkan batasan logistik yang tidak membenarkan kami menghantar produk yang segar untuk mengekalkan kualiti kami,” jelas pihak KFC.

Sumber: KFC

" "