Siakap Keli
Kredit: BERNAMA

Waspada Dengan Tawaran Kerja Palsu Melalui SMS Atau Whatsapp Yang ‘Menyamar’ Dari Pihak Shopee

KUALA LUMPUR, 11 Jan – Shopee menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati terhadap individu yang menyamar sebagai pekerja Shopee dalam talian. Individu tersebut kononnya akan menawarkan peluang pekerjaan, ganjaran wang tunai dan hadiah cabutan bertuah melalui platform pemesejan, seperti WhatsApp.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, Shopee memaklumkan bahawa pihaknya tidak melantik mana-mana individu untuk merekrut pekerja melalui platform pemesejan dengan tujuan untuk ‘meningkatkan kadar pendedahan peniaga’.

Selain itu, Shopee juga memaklumkan bahawa pihaknya hanya akan menganjurkan apa sahaja peraduan melalui aplikasi rasmi Shopee, halaman media sosial Shopee rasmi dan akaun perniagaan disahkan iaitu WhatsApp Shopee rasmi yang ditulis “disahkan”.

“Shopee hanya akan menganjurkan peraduan seperti “Cabutan Bertuah”, “Ketik dan Menang” dan “Putar dan Menang” melalui aplikasi Shopee rasmi, halaman media sosial Shopee yang rasmi dan akaun perniagaan disahkan Shopee iaitu WhatsApp rasmi, yang ada tulisan ” disahkan” dan tanda semak.” tulis Shopee dalam satu kenyataannya, baru-baru ini.

Shopee juga mengingatkan semua rakyat Malaysia untuk mengelakkan diri daripada gejala penipuan ini dan tidak menjadi mangsa tawaran atau ganjaran jenayah palsu ini.

Tambah Shopee, sekiranya terdapat orang awam yang mendapati bahawa diri mereka ditawarkan peluang pekerjaan atau pertandingan yang meragukan ataupun telah menjadi mangsa penipuan sedemikian, sila hubungi balai polis berhampiran untuk membuat laporan dengan segera.

Sebagai alternatif, rakyat Malaysia juga boleh menghubungi Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui:

1.SEMAKMULE, platform PDRM untuk menyemak akaun bank dan nombor telefon yang terlibat dengan jenayah komersial: https://semakmule.rmp.gov.my/

2. Talian Maklumat CCID (8:00AM hingga 12:00AM), saluran WhatsApp PDRM untuk menyemak status laporan polis dan mengemukakan maklumat kes jenayah komersial: 013-211 1222

3.CCID Scam Response Center (8:00AM hingga 8:00PM), talian hotline maklumat PDRM untuk mengemukakan maklumat atau pertanyaan maklumat mengenai penipuan dalam talian: 03-26101559 / 03-26101599

Bagi juga memberitahu, sekiranya ada sesiapa yang berminat untuk menceburi kerjaya di Shopee, sila layari laman rasmi mereka untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

“Bagi mereka yang berminat untuk menceburi kerjaya di Shopee, sila layari https://careers.shopee.com.my untuk maklumat lanjut. Apabila ragu-ragu tentang peranan yang sedang diiklankan atau ditawarkan, sila hubungi [email protected] untuk mendapatkan penjelasan lanjut sebelum mengambil sebarang tindakan,” tambahnya dalam kenyataan tersebut.

Selain itu, jika ingin mengetahui lebih lanjut berkaitan sebarang peraduan yang dipromosikan oleh Shopee, sila hubungi talian khidmat pelanggan kami di talian +603 2777 9222 atau e-mel [email protected] untuk mendapatkan pengesahan.

Rakyat Malaysia juga boleh mengikuti perkembangan terkini tentang potensi penipuan lain melalui tapak mikro kesedaran jenayah siber khusus kami di https://shopee.com.my/m/online-shopping-safety-tips.

Sumber: Kenyataan Rasmi Shopee

 

Akhmar Ikmal