Siakap Keli
Gambar via Oddity Central

Baru ‘Order’ Terus Siap, Restoran Ni Pegang Rekod Siapkan Makanan Paling Pantas Di Dunia

Baru ‘Order’ Terus Siap, Restoran Ni Pegang Rekod Siapkan Makanan Terpantas Di Dunia,

Bagi anda yang gemar makan di restoran, suasana ramai kadangkala membuatkan anda terpaksa menunggu lama sementara pesanan anda hendak dihidangkan. Tetapi, berbeza pula dengan sebuah restoran di Mexico ini. Ini kerana, restoran ini hanya mengambil masa selama 13.5 saat sahaja untuk siapkan makanan yang telah dipesan.

Karne Garibaldi merupakan sebuah restoran popular di Guadalajara dan telah memegang rekod Guinness sejak tahun 1996 bagi perkhidmatan makanan terpantas di dunia dari masa pesanan diambil sehingga makanan dihidangkan di meja.

Kebiasaannya, apabila melawat restoran popular yang memenangi anugerah, sudah pasti anda akan perlu menunggu lama. Tetapi, perkara itu tidak terjadi di restoran bernama Karne Garibaldi, sebuah restoran yang terkenal dengan hidangan carne en su jugo dan mempunyai pesanan terpantas di dunia ini.

Kredit: El Souvenir

Selepas pelanggan membuat pesanan kepada pelayan, pesanan itu hanya mengambil masa selama 13.5 saat sahaja sebelum ianya dapat dihidangkan kepada pelanggan. Anda pasti tertanya-tanya bagaimana kakitangan di Karne Garibaldi melakukannya.

Tidak dapat dinafikan bahawa hidangan tradisional Mexico ini memerlukan masa memasak yang agak lama. Jadi, mereka akan menyediakan lebih awal sebelum restoran dibuka supaya pelayan dapat menghantar makanan ke meja makan pelanggan dalam masa kurang dari 15 saat.

“Ia bermula sebagai cabaran diantara pelayan untuk melihat siapa yang boleh membawa makanan ke setiap meja paling cepat.

“Cabaran itu telah mendorong kami untuk mencuba Rekod Guinness”, kata Daniel Flores, pengurus terbesar daripada enam cawangan Karne Garibaldi dalam satu kenyataan.

Cumanya tempat itu tidak dinyatakan sahaja dalam Guinness Book of Records. Lebih 25 tahun kemudian, pelayan di Karne Garibaldi masih lagi tidak berhenti berusaha untuk menjadi pelayan terpantas di dunia. Kadangkala membawa pesanan ke meja orang daripada 13.5 saat atau paling lama dalam masa satu minit selepas menerima pesanan.

“Pelayan, kapten, tukang masak dan semua kakitangan Karne Garibaldi kami adalah nadi kepada dapur kami,” Laura Mariaud, ketua komunikasi digital di Karne Garibaldi, memberitahu Yahoo.

“Oleh itu, kepantasan pelayan kami bukanlah perkara yang paling penting untuk menjadikan perkhidmatan kami terpantas. Sudah tentu kami melatih kakitangan kami untuk belajar cara menjadi cekap, tetapi terdapat keseluruhan proses di sebalik penyediaan makanan yang membolehkan aliran kerja menjadi pantas dan berkesan. Beginilah perkhidmatan kami bertukar menjadi rantaian pengeluaran yang membuatkan pelayan berkhidmat dengan cara yang paling pantas kepada pelanggan kami.”

Sumber: Oddity Central

Aireena Marizan

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.