Setiap orang pasti mempunyai hobi yang paling digemari. Kalau boleh setiap hari nak buat hobi itu. Katanya, hobi tersebut boleh dijadikan healing process untuk mental dan fizikal anda.
Seperti menanam pokok, hobi ini paling diminati, lebih-lebih lagi kaum Hawa atau golongan yang sudah bersara. Hal ini dikataka demikian kerana mereka berasa puas jika dapat berbakti kepada tanah.
Selain daripada dapat mencantikkan halaman rumah, menanam pokok juga dapat meningkatkan tahap kesihatan seseorang. Manakan tidak, kita dapat mengeluarkan peluh dan sentiasa bergerak aktif. Lagilah puas kalau pokok yang ditanam tumbuh dengan baik dan berkembang elok.
Selain itu, kalau anda perasan sesetengah rumah akan ada menanam sejenis pokok ini, iaitu pokok pisang tanah atau dikenali sebagai ‘Diettenbachia’.
Cantik memang cantik kalau tanam pokok ini, tetapi tahukah anda bahawa pokok ini sangatlah bahaya dan mampu memberi kesan buruk terhadap kesihatan anda.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, mari kita ikuti perkongsian daripada Public Health Malaysia.
Pokok pisang tanah atau ‘Dieffenbachia’ memang cantik jika ditanam sebagai pokok hiasan. Tetapi keseluruhan pokok ini mengandungi bahan beracun kristal ‘calsium oxalate’ yang dipanggil ‘raphides’
Jika tersentuh basuhlah tangan dengan segera. Jika anak termakan atau tergigit jangan tunggu, segera bawa ke hospital. Kesan toksik akan menyebabkan kesukaran bernafas atau lidah membengkak sehingga menutup saluran pernafasan.

Sumber : Public Health Malaysia