Siakap Keli

Gais! Petron Ajak Jalan-Jalan Tempat Best Siap ‘Sponsor’ Minyak & Beri Duit Poket, Ini Cara Mudah Nak Join!

Sekarang ni ramai yang tengah berjalan sakan! Semua tempat melancong boleh dikatakan penuh dan sesak dengan orang. Jalan-jalan memang fun, tapi bila fikir ‘modal’ yang nak kena labur dari penginapan sampai duit belanja, berpeluh gais!

So, kami nak kongsikan dekat korang cara senang untuk dapatkan pakej percutian ‘free’, wang tunai dan tajaan minyak. Fuhh, memang syok, yang penting ini bukan scam gais!

Okay, semua ganjaran kat atas tu korang boleh grab menerusi kempen ‘Jom Jalan Jalan’, kerjasama Petron Malaysia dengan Tourism Malaysia untuk meneroka tempat pelancongan domestik yang menarik dalam negara. Ramai yang belum tahu, jom kita checkout lebih lanjut tentang kempen ini!

Dalam kempen ‘Jom Jalan Jalan’ yang berlangsung selama lima bulan, terdapat seramai 1,156 pemenang termasuk 56 individu bertuah akan mendapat hadiah utama. Peluang cerah untuk menang gais sebab bukan seorang je pemenang akan terpilih. Mana tahu korang antara yang bertuah dapat bercuti dan tajaan minyak free dari Petron kan? Jadi tak rugi kalau join!

Bercuti 3 hari 2 malam di tapak glamping terbaik!

Ha, mereka yang menang akan mendapat pakej penginapan di tapak glamping terbaik di Malaysia selama 3 hari 2 malam. Antaranya seperti di Tiarasa Escapes Glamping Resort, Sunway Lost World of Tambun, Camp Out! At Sunway Lagoon, Orchard Wellness Melaka, Glamz Genting, Sepilok Forest Edge dan Culvert Santubong. Best kan?

Gambar: Lost World of Tambun
Gambar: Camp Out! At Sunway Lagoon
Camp Out! At Sunway Lagoon
Gambar: Orchard Wellness Melaka
Gambar: Orchard Wellness Melaka
Gambar: Glamz Genting
Gambar: Glamz Genting
Gambar: Glamz Genting
Gambar: Sepilok Forest Edge
Gambar: Culvert Santubong

Bukan tu je, ada macam-macam aktiviti santai dan rekreasi yang fun dah tersedia untuk korang. Pendek kata, korang memang pergi bercuti untuk enjoy, rileks atau manjakan diri sambil nikmati nature! Nak tenangkan fikiran pun boleh!

Gambar: Orchard Wellness Melaka
Gambar: Lost World of Tambun
Gambar: Lost World of Tambun
Gambar: Orchard Wellness Melaka
Gambar: Glamz Genting
Orchard Wellness Melaka

Pakej bercuti bernilai RM20 ribu, dapat duit belanja dan tajaan minyak Petron siap boleh ‘angkut’ family dan kawan travel sekali!

Betul, korang akan dapat semua ni jika terpilih dalam enam pemenang hadiah utama. Pakej percutian yang bernilai sehingga RM20,000 ini tersedia di tiga tempat iaitu Tiarasa Escapes Glamping Resort, Sepilok Forest Edge atau Culvert Santubong. Lengkap dengan wang tunai dan tajaan minyak daripada Petron, memang mewah habis!

Gambar: Sepilok Forest
Gambar: Sepilok Forest
Gambar: Sepilok Forest
Gambar: Sepilok Forest
Gambar: Culvert Santubong

Paling seronok, pemenang hadiah utama boleh bawa enam hingga sepuluh ahli keluarga dan rakan rakan untuk bersama-sama join glamping. Boleh angkut semua orang yang tersayang bercuti free sekali dengan korang, siapa nak bagi hadiah macam ni!

Gambar: Sunway Lagoon

Selain itu, sepuluh orang lagi akan terpilih untuk menikmati pakej percutian bernilai RM5,000, wang tunai dan tajaan minyak secara bulanan bermula dari Oktober 2021 hingga Mac 2022. Setiap pemenang ini juga boleh bawa hingga empat orang ahli keluarga dan rakan-rakan mereka tau. Dah la dapat bercuti free, tak payah fikir nak isi minyak, memang jimat banyak!

Gambar: Lost World of Tambun

Baucar penginapan hotel VIP Pass 7 hari 6 malam!

Tak cukup dengan tu, setiap bulan akan ada 20 pemenang hadiah saguhati yang akan terpilih menerima baucar penginapan hotel VIP Pass 7 hari 6 malam bernilai RM2,000, wang tunai RM300 dan mata ganjaran PMiles bernilai RM300.

Korang tak nak ke jadi di antara 100 orang yang beruntung ni? Apa tunggu lagi, jom isi di Petron. Masih ada masa sehingga bulan Mac 2022 ni tau!

Bagi hadiah mingguan pula, Petron akan memilih 1,000 pemenang sehingga promosi tamat, 200 pemenang setiap minggu untuk menerima mata ganjaran Petron Miles bernilai RM200 setiap seorang. Fuhh, macam-macam betul hadiah yang Petron dan Tourism Malaysia bagi!

Kalau korang nak tau lagi, semua pemenang ni Petron akan pilih mengikut kategori iaitu di kawasan utara, pantai timur, tengah, selatan, Sabah dan Sarawak. Ini untuk memastikan setiap kawasan ada pemenangnya. 

Cara mudah nak sertai peraduan!

Mudah je caranya untuk korang join peraduan ni yang bermula sekarang sehingga Mac depan. Ia terbuka secara automatik kepada semua pelanggan Petron yang menggunakan kad Petron Miles (PMiles).

Korang hanya perlu isi minyak di Petron sekurang-kurangnya RM250 sebulan untuk melayakkan korang membawa pulang hadiah utama, dan RM50 sebulan minimum bagi memenangi hadiah lain.

Lepas tu, jangan lupa leret je kad Petron Miles korang lepas buat pembelian untuk menyertai pertandingan ini. Senang je kan? Sambil isi minyak pun boleh jadi pemenang. Rugi besar kalau pelanggan setia Petron tak rebut peluang yang ada, ini umpama penghargaan yang Petron nak bagi kepada pelanggan mereka!

Korang boleh layari laman web www.petronmiles.com.my dan checkout akaun Facebook Petron Malaysia, akaun Instagram petron_malaysia serta laman Twitter Petron_Malaysia untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai kempen ini.

Bagi yang belum menjadi ahli kad P-Miles, boleh mendaftar melalui laman sesawang www.petronmiles.com.my okay! Tunggu apa lagi, #JomJalanJalan ikut #PetronMalaysia keliling tempat best dalam negara! 

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.