Siakap Keli

Gara-gara Bagi ‘Kerja’ Membosankan, Majikan Diarah Bayar Ganti Rugi Lebih RM 190k Kepada Pekerja

Menginjak ke alam dewasa pastinya kita akan menempuh ke dalam dunia pekerjaan. Itulah tujuan sebenar melanjutkan pelajaran dan menghabiskan pengajian dengan cemerlang untuk mendapatkan pekerjaan dalam bidang yang kita minati.

Namun, ada kalanya kita akan berada dalam tahap kebosanan atau dipanggil sebagai bore out.

Sesiapa yang pernah mengalami keadaan sebegitu pasti pernah duduk atau berlegar-legar di suatu kawasan tanpa hala tujuan sementara menunggu waktu pulang.

Pernah terjadi suatu kejadian di mana pada tahun 2020, seorang pekerja telah diberi ganti rugi sebanyak €40,000 (RM 190, 321.51) daripada bekas majikannya.

Frederic Desnard dari Paris dikatakan telah menerima ganti rugi tersebut daripada Interparfums apabila dia diberhentikan kerja pada tahun 2014 selepas bercuti sakit selama tujuh bulan.

Peguammnya, Montasser Charni mendakwa bahawa dia ‘bosan’ yang menyebabkan dia mengalami epilepsi semasa memandu dan kemalangan.

Walaupun dia pernah menjadi seorang pekerja berdedikasi dan mengabdikan dirinya dalam pekerjaannya, firma tersebut ‘mengetepikannya’ selepas kontrak utamanya hilang.

Pada akhirnya, dia terpaksa melakukan pekerjaan untuk presiden syarikat tersebut sahaja.

Memetik daripada laporan Unilad, dia akan melakukan ‘pekerjaannya’ sekitar 20 hingga 40 minit setiap hari selama empat tahun dan tiada siapa yang mengambil tahu jika dia datang pada tepat waktu.

Dia juga menyifatkan pekerjaan tersebut sama seperti turun ke neraka, lapor Le Monde.

“Saya tidak kuat lagi untuk tidak melakukan apa-apa. Saya berasa bersalah dan malu untuk mendapatkan gaji secara percuma. Macam halimunan di tempat kerja” jelasnya.

Kata peguamnya kepada tirbunal, terdapat perkaitan antara kerja atau kemerosotan kesihatannya.

Semasa pembelaan, peguam syarikat memaklumkan bahawa Desnard tidaka pernah berkata mengenai kebosanan yang dialami dalam tempoh empat tahun kalau betul ia berkait.

Desnard kemudiannya dikatakan membuat aduan di tribunal perhubungan buruh dan menuntut €360,000 (RM 1, 712, 893.62) sebagai pampasan dan ganti rugi.

Walaupun syarikat itu berkata bahawa Desnard tidak pernah mengadu, namun pihak mahkamah tetap bersetuju dengan aduan yang dibuat dan mengatakan bahawa ‘membosankan’ adalah bentuk gangguan.

Berdasarkan laporan, keputusan yang dibuat itu dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan Paris.

Sumber : unilad.co.uk

" "