Siakap Keli
Gambar: @wiwikindra766

Lagi 2 Jam Acara Nak Mula Tapi Baru Baru Nak Jahit, Hasil Kerja Wanita Ini Terima Pujian Ramai

Seorang wanita dari negara jiran telah membuatkan ramai pengguna media sosial TikTok kagum selepas dia menghasilkan sehelai baju yang sangat cantik dan kemas jahitannya dalam masa yang singkat.

Menerusi akaun TikTok @wiwikindra766, pemilik berkongsikan cerita bahawa dia akan menghadiri sebuah acara. Dek kerana dia memerlukan baju dalam kadar yang segera pemilik mengambil keputusan untuk membuat bajunya sendiri.

“Yang penting jadi,” tulisnya dalam video tersebut.

Dapat dilihat di dalam video tersebut pemilik membentangkan kain untuk dia gunting mengikut bentuk potongan baju yang dia mahukan kemudian dia menjahit baju tersebut sendiri bermula dari mesin jahit sehinggalah menjahit butang baju.

Pada akhir video tersebut, pemilik menunjukkan hasil baju yang telah siap tersarung pada sebuah patung.

Baju yang berwarna sage itu kelihatan cantik dengan rekaan lipatan di bahagian dada yang sederhana namun manis.

Walaupun wanita tersebut menjahit dalam masa yang singkat, hasil jahitan yang terhasil sangat dikagumi oleh masyarakat.

@wiwikindra766

penting jadi… 🤭 #hoby_ku_mahal #hoby #jahit #jahitsendiri #fypシ #fypシ゚viral

♬ Stereo love Fullbeat YT Scarlet Fvnky – Scarlet Fvnky

Kredit: @wiwikindra766
Kredit: @wiwikindra766
Kredit: @wiwikindra766

Sumber: suara.com

Zahirah