Siakap Keli
Gambar: via Dr Mahesh Appannan

Ada 8 Interaksi Dalam ‘MySJ Trace’, Adakah Anda Berisiko Tinggi?

Umum mengetahui MySejahtera (MySJ) Trace melibatkan algorithm berdasarkan waktu dan juga jarak. Namun demikian, MySJ ini juga bergantung kepada kekuatan signal bluetooth telefon bimbit yang digunakan.

Mungkin ramai antara anda yang pernah mengaktifkan MySJ Trace dan mendapat notifikasi ‘interaction‘ walaupun belum keluar ke mana-mana.

Disebabkan itu, mungkin ada antara anda yang tertanya-tanya mengenai notifikasi interaksi yang diberikan oleh MySJ Trace ini sama ada ia boleh mendatangkan risiko tinggi kepada anda ataupun tidak.

Menerusi ciapan infografik di akaun rasmi Twitter MySejahtera, ada menjawab persoalan mengenai sekiranya individu mempunyai lapan interaksi dalam MySJ Trace, adakah mereka berisiko tinggi?

Dalam pada itu, MySJ Trace ini sememangnya juga boleh mengesan isyarat Bluetooth dari sejauh 10 meter.

Pertukaran maklumat yang dikesan melalui bluetooth di antara telefon bimbit pengguna MySJ Trace dengan pengguna MySJ Trace yang lain adalah dikenali sebagai ‘interaksi’.

Berdasarkan infografik itu juga, ‘interaksi’ tak bermaksud merujuk kepada bilangan pesakit COVID-19 yang ada di sekeliling anda.

Misalnya terdapat 10 orang di dalam bilik yang mengaktifkan MySJ Trace, tetapi hanya sembilan yang mengaktifkan MySJ trace termasuk anda. Jadi MySJ anda akan memaparkan lapan interaksi yang berada di sekitar anda.

Sumber: MySejahtera

Nadhirah