Siakap Keli

TERKINI: Bekas Pemain Bola Sepak & Pengacara, Serbegeth ‘Shebby’ Singh Meninggal Dunia

Lagenda bola sepak kebangsaan, Serbegeth Singh atau lebih dikenali sebagai Shebby Singh meninggal dunia pada usia 61 tahun pada petang Rabu.

Berita duka ini disahkan oleh kru Astro Arena memaklumkan bahawa mendiang jatuh pengsan dipercayai akibat sesak nafas ketika berbasikal di Kledang, Johor.

Mendiang dipercayai meninggal dunia akibat serangan jantung.

Memetik daripada berita Awani, mendiang memulakan kerjayanya di gelanggang bola sepak sebagai pemain bahagian pertahanan untuk pasukan Johor FA sebelum berpindah ke pasukan bola sepak Kuala Lumpur pada tahun 1983.

Selain itu, mediang juga pernah beraksi bagi pasukan Negeri Sembilan FA dan Pahang FA sebelum menamatkan kerjayanya dengan Perak FA pada tahun 1996.

Untuk pengetahuan semua, Shebby Singh pernah berkhidmat dalam mengendalikan pasukan kebangsaan malah mendiang adalah Penasihat Global Balckburn Rovers pada 2012.

Sumber: Astro Awani

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.